http://www.emailcashpro.com

Friday, April 17, 2009

Tempahan baru

Lai lai lai lai
Mari book sama aku jika mahu keluar bersama
Lai lai lai lai
Mari plan cepat-cepat supaya aku boleh tandakan jadual untuk masa depan
Lai lai lai lai
Haihh -.-
Orang sudah menempah aku untuk cuti ini. Ramai. Bukan ramai, tetapi RAMAI. Bunyi macam berlagak, tetapi bukan lah. Hanya ingin katakan bahawa cuti ini walaupun ingin berehat, tetapi masih sibuk untuk keluar ke sana ke mari.
H : Cuti jom pergi jalan-jalan
K : Ok
--
N : Kimie cuti nanti lepak sama-sama
K : Ok, insyallah
--
J : You have to come to the party. WAJIB!
K : Hmmm, I'll think of it
--
S : Babe, dont forget to come for the meeting ok?
K : Insyallah
--
Bla bla bla bla bla bla bla bla bla
--
Ramai dah. Cuti ni jadual padat dengan ke sana ke mari. Nak kerja macam mana? Dah rancang dengan Hana, sebulan kerja, sebulan hooray. Hooray nak kemana? Cuti-cuti Malaysia. Rancang nak ke Langkawi. Tunggu duit poket penuh, bertepuk semuanya jalan. Kalau poket hanya keluar habuk rama-rama macam mana?
Cuti ni rancang :
1) Nak kuruskan badan
2) Nak turunkan lemak
3) Nak kecilkan peha
4) Nak kerja (tapi malas)
5) Keluar ke sana ke mari
6) Dah lama tak pergi gig, jadi nak pergi gig lagi
7) Nak melawat kekasih di Perak
8) Nak tukar style rambut
9) Macam-macam lagi
Kebanyakannya mesti berkaitan dengan badan. Aku rasa badan aku makin lama makin susut walaupun makin lama aku makin kuat tidur. Jumpa dengan Hana tadi nampak perubahan. Dia lagi besar, aku makin kecil. Satu pencapaian yang baik, kerana usaha aku tidak makan selama ini berbaloi juga rupanya walaupun sakit-sakit.
Sekarang pun perut aku dah sakit-sakit. Gastrik dah datang balik (celaka)
Tadi papa kata nak makan Chilis, tapi respon masih pending.
Dah lapar gila ni. Sebelum balik ke Kampus sudah berangan nak beli buah banyak-banyak. Makan buah sahaja. Sudah mengenyangkan.
Eh cop, kalau nak keluar sama-sama baik beritahu awal-awal. Sebab jadual aku memang padat. Aku memang perempuan yang sangat sibuk dengan tempahan. Jangan risau. Aku bukan perempuan daratan. Hanya ingin berjumpa dengan kenalan lama, tetapi dalam masa yang sama tidak menyakiti mana-mana insan terutama kekasih.

No comments: