Kekasih sudah memujuk aku untuk berbaik dengan papa. Bukan aku tidak baik, cuma tidak pernah meminta maaf atas kesalahan sendiri. Dan aku tersedar mungkin dari situ. Terkenang-kenang pada masa dulu. Papa pernah pukul aku, hingga badan aku lebam-lebam di atas kesalahan aku sendiri. Di atas kebodohan aku sendiri. Kemudian mula daripada situ lah, aku bertindak liar.
Sudah biasa memanggil kau aku. Sudah biasa menengking. Sudah biasa menepis.
Aku memang anak yang kurang ajar, disebabkan itulah aku tidak takut melawan sesiapa. Mungkin di rumah aku pandai melawan orang yang tidak sepatutnya kita sakiti. Yalah, aku butakan mata.
Hantar pesanan ringkas kepada papa, kerana untuk berdepan ego masih ada.
Papa tak balas apa pun, tetapi balas dengan pulang awal ke rumah, dan tersenyum. Aku tahu dia masih sayang, walaupun dia tidak membalas. Mungkin dia terkejut ataupun kelu untuk berkata apa. Pagi tadi hantar pesanan lagi "kakak sayang papa"
Bila turun, duit untuk beli spek baru sudah tersedia tanpa aku meminta (petanda baik)
Tahu tak, jika kita mendapat restu dengan ibu semuanya berjalan dengan lancar. Semua perbuatan kita tidak tersekat dengan serba salah. Semua ketenangan itu datang jika mendapat restu dari ibu. Sebab itu lah setiap kali aku berkawan, akan membawa kawan pulang ke rumah. Bila mummy kata ok, semuanya ok. Bila mummy diam, itu tandanya buruk walaupun kawan itu sebaik manapun. Naluri ibu selalunya betul.
Cuma aku tidak dapat lagi restu dari papa. Atau papa memang sudah merestui aku, cuma tidak disampaikan?
No comments:
Post a Comment