http://www.emailcashpro.com

Monday, April 6, 2009

Rahsia

Apakah itu rahsia? Hanya sekadar disimpan untuk sendiri sudah dipanggil rahsia? Ataupun rahsia itu mempunyai isi yang memalukan? Rahsia juga sesuatu yang menggembirakan? Ataupun ianya memori lama?
Rahsia..rahsia..
Kalau katakan tentang rahsia, sudah aku bilang. Rahsia simpan untuk diri sendiri, jika beritahu pada orang itu bukan nya rahsia lagi. Macam banyak situasi.
Situasi pertama :
Jamal berbisik kepada Karam,
J: Wei..aku nak beritahu kau satu rahsia
K : Apa dia?
J : Budak *tooot* couple dengan *tooot*
K : Weiii..biar betul
J : Betul lah..tapi kau jangan bagitahu sesiapa..rahsia ni
Situasi kedua :
Nasya bersembang dengan Mila,
N : You..I want to tell you something
M : Emm what?
N : But promise me, dont tell anyone. This is secret
M : Oh ok, Im promise..what is it?
N : Actually..I just stole money from my mom
Perkataan sebelum ingin menyebut rahsia, mesti ada "jangan beritahu sesiapa" . Sedangkan diri sendiri yang memberitahu pada orang lain. Siapa makan ayat sendiri?
(senyum lebar)
Seorang sebar pada seorang. Kemudian seorang ni sebar pada lagi seorang. Selepasnya, lagi seorang ni sebar pada seorang-seorang yang lain. Adakah rahsia itu akan menjadi rahsia lagi? Ataupun terfikir bahawa jika orang tidak berjumpa dengan orang yang mempunyai rahsia itu dan tidak berkata tentangnya dipanggil sebagai rahsia?
Itu bukan rahsia tetapi gossip.
Kalau dikatakan satu kawasan perumahan itu tahu tentang rahsia seorang wanita yang mempunyai skandal orang tua, adakah itu dipanggil rahsia? Hanya sekadar suami wanita itu tidak tahu tentangnya? Hanya sekadar mata-mata orang kawasan yang melihat?
Itu bukan rahsia tetapi gossip.
Rahsia tersimpan dalam hati, dan bila jujur itu dipanggil sebagai kata-kata.
Nak tahu rahsia aku? Hari tu aku masturbated *hanya contoh*
Sudah tidak lagi menjadi rahsia, tetapi menjadi kata-kata bualan.
Rahsia akan menjadi rahsia jika simpan untuk sendiri. Tahu apa kekurangan dan kelebihan.

1 comment:

omgpetch said...

oh maknanya i slalu gossip la. hahahaha