http://www.emailcashpro.com

Thursday, April 16, 2009

Kembali

Macam-macam cerita sampaikan pinggang aku bertambah sakit. Bahkan mahu tunduk pun susah. Mungkin ini kesannya jika kita terlalu nafsu macam anjing gila. Akhirnya aku kembali ke rumah dan tidur cukup untuk lapan jam.
Semalam final untuk seni lakon, dan aku sangat berpuas hati. Mungkin kerana, perasaan aku yang memang tengah marah membuat aku buat sehabis yang baik. Penat kerana rambut asyik kena tarik. Sayangnya, tiada siapa yang rakam. Akhirnya mummy datang untuk melihat aku berlakon untuk kali terakhir aku dalam subjek seni lakon. Untuk semester depan hanya mengetip jari melihat orang lain berlakon. Dalam kelas ini sahaja, aku boleh melepaskan segala emosi dan aku terasa bebas.
Jari aku kena cakar kerana tumpang rumah orang, dan tidak meminta izin.
Kekasih dah balik ke Perak. Melihat dia di luar tingkap, membuatkan hati aku sebak. Mata sudah berair. Mujur shades yang menghalang kekasih untuk melihat aku begini.
I love you
You love me
We were happy family
With the big great hug and kiss from me to you
Wont you say you love me too
Sempat juga kekasih nyanyi dan aku melihat gerak bibir dia aku tahu. Dia jauh, aku rindu. Sedangkan minggu hadapan dia akan kembali ke sini hanya untuk tiga hari. Kemudian aku tidak akan berjumpa dengannya selama dua bulan.
Kes mahkamah sudah selesai setelah aku berhempas pulas menebalkan muka meminjam duit. Kawan yang hanya bercakap besar ingin meminjamkan duit lari begitu sahaja. Sedangkan naik mahkamah pukul lapan setengah. Jam sudah pukul satu. Aku cuba sehabis baik mencari siapa yang boleh menolong. Akhirnya Ika yang menolong.
Sampai sana bukan 150 tetapi 300. Alhamdulillah, duit yang ada aku berikan. Kekasih keluarkan duit juga. Dari sini aku tahulah, bahawa orang yang ikhlas ingin menolong akan berkata-kata dengan tepat. Orang yang tidak ikhlas menolong akan berkata-kata songsang.
Oh ya, kenapa bila ingin sampai akhir sem, akan berlaku benda yang tak sepatutnya tentang rakan-rakan? Aku makin lama makin kenal, dan aku makin menjauh. Aku sudah bilang, tak suka cakap, suka diam. Perbuatan aku mengecilkan hati sesetengah pihak, tetapi inilah yang terbaik untuk menyedarkan malah menyedarkan aku dari mengelak sesuatu yang akan menyakitkan hati aku sendiri.
Aku mahu makan Chilis untuk sekarang, boleh?
Aku nak kurus (buat muka)
Apakah rancangan aku untuk semester depan? Apakah perubahan yang aku ingin lakukan?
Aku harus kembali dengan penampilan yang baru, dengan perubahan perangai yang baru.

3 comments:

RUSH said...

i miss u babe,,,
=(

Neverland said...

aku pun rindu kau rush

Anonymous said...

rush jew kew?
meiy pon rindu you all gak!