http://www.emailcashpro.com

Monday, March 30, 2009

Zaman kegemilangan

Jika aku dapat memutar kembali masa, ingin aku kembali ke tingkatan empat, kerana permulaan itulah yang membuatkan hidup aku kembali ceria dan penuh dengan warna. Meriah dengan teman-teman, serta bersepah teman lelaki dan skandal. Semuanya hanya inginkan keseronokan. Tiada masalah sehinggakan aku mendapat berita tentang Arwah Shamil. Jika aku dapat memutar kembali masa, ingin aku bersembang dengan nya. Ingin aku bertanya apakah silap aku sehinggakan dia perlukan aku begini. Ingin aku tarik balik doa aku yang setiap kali menitiskan air mata kerana dia.
Awal tahun bermulanya drama hidup apabila Darweena mencekik Diyana dan Nana sehinggakan Arwah Shamil dan Faizal tidak berani ingin berbuat apa pun. Aku ditarik masuk ke dalam kumpulan yang mulanya aku tidak mahu ada kaitan. Di situlah aku mempunyai ramai teman baik perempuan. Kemudian dari situ, baru lah berkenalan rapat dengan bekas teman baik iaitu Shekin.
Zaman kegemilangan makin bermula, apabila aku sentiasa keluar untuk berhibur. Berhibur dengan teman-teman seperti satu hujan emas, kerana hanya memikirkan keseronokan dan tiada batasan. Berhibur ke sana ke mari, mencari mangsa untuk bukan sengaja ingin mempermainkan. Hanya ingin mengisi kekosongan.
Kenal dengan ramai orang sehinggakan aku dicari oleh bekas teman lelaki aku sendiri, Adam. Adam bagaimana ya? Adam menyayangi aku tetapi aku hanya berlandaskan kasihan dan kasih sebagai seorang teman rapat. Dia begitu tegas, dan begitu berlagak sehinggakan dia menyepak kaki perempuan di depan mata aku sendiri, dan itu lah motif aku untuk melepaskan dia.
A : Adam tahu Mie memang dah lama nak break
K : Huh?
A : Tengok gaya Mie jumpa Adam pun tahu
Itulah sebabnya kita harus berjumpa dulu sebelum declare.
Zaman diteruskan lagi bila skandal bersepah ruah. Duit banyak keluar, tetapi dibalas dengan keseronokan. Keluar pun beramai-ramai. Kenal dengan ramai orang sehinggakan orang boleh kenal tanpa tanya nama.
Hari raya pada tahun itu lah merupakan tahun yang paling meriah sekali kerana mewah dengan teman-teman. Berhibur seperti tiada langsung masalah kerana aku bebas tidak terikat dengan sesiapa. Sehinggalah aku bertemu dengan insan-insan daripada Sentul. Perebutan mula berlaku, aku menjadi buntu dan memilih lelaki ikut kemahuan kerana aku inginkan keseronokan. Tetapi keseronokan itu diganti dengan kesakitan yang melampau. Aku ego dan dia ego. Skandal masih ada, kerana teman nya masih mahukan aku, masih ndambakan aku. Aku belajar dan ambil pengalaman daripada situ.
Masuk ke tingkatan lima, aku mula jauh dari kesakitan kerana bertemu pula dengan insan yang memberi aku ketenangan. Tetapi ketenangan itu aku mempergunakan. Aku masih berskandal dengan lelaki lain. Terkantoi kemudian diam kembali.
Selepas tamat sekolah, aku bekerja tak sampai sebulan kerana malas sudah bertaip di dalam diri. Zaman tamat sekolah ini lah, mempunyai keseronokan yang bahagia kerana aku di samping teman-teman yang aku memang sayang (Hana, Ika, Weena, Haiqal, Botak, PakCik, Marissa, dan ramai lagi). Zaman ini lah aku mempunyai ramai teman dari luar kerana aku mula aktif kembali MySpace yang terlampau. Aku mula mengenali manusia-manusia janggal ini dengan kata-kata aku yang manis. Aku bermulut manis secara jujur.
Aku rindukan Botak sebenarnya. Kerana dia salah satu kawan lelaki yang aku rapat sejak aku di tingkatan empat sehinggalah sekarang walaupun sekarang kami jarang berhubung. Mana PakCik ya? Mana Epul ya? Mana yang lain?
Zaman kegemilangan ini, aku mempunyai lebih ramai kawan lelaki dari perempuan kerana aku lebih senang bergaul dan berbicara secara terbuka dengan lelaki dari perempuan kerana tiada erti kata cemburu dan lain-lain. Walaupun lelaki berkata-kata belakang, mereka masih berlaku jujur di hadapan aku. Berkawan rapat dengan lelaki bukan erti gatal, tetapi lebih kepada persahabatan. Persahabatan itu aku dapat merasai melalui hubungan persahabatan aku dengan lelaki. Perempuan? Mungkin aku terlalu menyerap pengalaman sehinggakan aku menjadi begini.
Perempuan akan cemburu melihat teman nya lebih bagus atau lebih cantik atau lebih dipandang tinggi. Disebabkan itu ada unsur cakap-cakap belakang dan sebagainya.
Aku tunjuk melalui perbuatan. Tak suka diam, suka cakap.
Zaman kegemilangan ini lah aku bertemu dan berkenalan dengan teman-teman perempuan yang berkelas tinggi serta sense of fashion yang terlalu tinggi. Terlalu ramai teman-teman perempuan yang rapat dengan aku, kerana aku suka mendengar dari bercerita. Satu persatu cerita masuk ke telingan kemudian savekan di dalam otak. Aku berkata melalui pengalaman, bukan hanya cakap kosong. Mempunyai ramai teman-teman perempuan yang hanya untuk mengiburkan bukan untuk susah senang bersama. Ahhhh, aku ni kolot kan?
Marissa?
Dia masih bersama, walaupun kami jarang berhubung lagi. Dia tetap bersama, walaupun aku kadang kala terlepas pandang tentang dia. Dia akan bersama, walaupun sudah lama kami tidak bertemu.
Kawan sejati bukan hanya selalu dengan kita, tetapi dengan ingatan memori. Dia tetap ada, dia tetap sama, dia tetap tegur, dia tetap menghulur apabila berjumpa untuk sekian lama. Kawan sejati bukan hanya selalu menangis dengan kita, tetapi dengan menghulurkan pertolongan secara ikhlas. Dia tetap bersama, dia tetap di sisi, dia tetap inginkan apabila kita dalam kesusahan.
Masing-masing ada perspektif tentang teman.
Tetapi melalui zaman kegemilangan inilah, aku mula sedar dan belajar. Aku tidak boleh berteman rapat dengan sesiapa pun, kerana aku akan kehilangan atau ditinggalkan atau meninggalkan. Sejak dari kes Shakina meninggalkan aku terkontang-kanting seorang diri. Sejak dari kes Hidayah menjauh diri daripada aku kerana mendapat mimpi aku dengan dia bakal menjadi kekasih. Sejak dari kes Shekin dan aku sudah tidak sehaluan, kerana dia terlalu cemburu melihat aku dan orang lain mesra serta rapat. Dan yang terbaru, sejak kes aku dan Susu yang tiada jawapan, hanya titik yang tidak akan berhenti dan mempunyai banyak tanda soal.
Mengharungi zaman kegemilangan ini lah, aku belajar tidak mengharap hanya inginkan. Melepasi zaman kegemilangan ini lah aku berfikiran kedepan bukan kebelakang.
Aku rindukan zaman kegemilangan di mana aku meriah dengan teman-teman. Meriah dengan personaliti. Meriah dengan macam-macam.
Di masa zaman kegemilangan ini lah, tercetusnya pelbagai benda yang buruk berlaku. Banyak benda yang membuatkan aku hanya membutakan mata, memekakkan telinga.
Aku mempunyai keyakinan yang terlampau tinggi sehinggakan ego aku tinggi melangit sampaikan aku tidak perasan tentang perasaan orang lain.
Jadi zaman kegemilangan, menjadi salah satu bab termanis serta terhebat dalam buku riwayat hidup aku.

5 comments:

Anonymous said...

BUNTU DAN TERUS BUNTU
kebuntuan bila kawan makan kawan..
kebuntuan bila terlampau stress..
kebuntuan bila mengalami kesakitan yang teramat..
kebuntuan bila kerja terlampau banyak..
kebuntuan bila duit ditangan semakin kurang..

Kalau kita masih boleh lari dari semua ini..Hidup takkan jadi menarik..KEBUNTUAN memaksa otak kita terus berfikir dan berfikir bagaimana untuk menyelsaikan masalah..sehingga semuanya akan menjadi gelap dan terus terpadam seperti computer..

Banyak cabang dalam kehidupan dan kau masih lagi seorang manusia jika kau berasa buntu-kata-kata dari seorang wanita yang melihat aku kebuntuan ditepi tangga.

Dulu, kebuntuan ini tidak pernah wujud walaupun sedetik kerana masih tidak sedar akan cabaran dalam kehidupan sebenar. Semua yang aku mahu boleh aku kecapi. perempuan?duit?makan?pakaian?sumua lengkap sehingga aku berhijrah ke dunia yangg lebih extreme.

Aku masih diperlukan oleh mereka. Mereka perlukan khidmat aku dan aku perlu bantu. DAN AKU MAHUKAN YANG TERBAIK.

Aku masih mentah. Banyak lagi yang aku perlu belajar. Belajar, belajar, belajar sampai ke liang lahat.

KEPERITAN INI TAKKAN LAMA. jatuh sekali tak bermakna aku tak boleh bangun. walau aku lumpuh sekalipun aku akan TETAP cuba bangun. Kerana kejayaan bermula dari kejatuhan yang berkali-kali. Mungkin ujian hari ini memberi pengajaran kepada aku untuk hari yang kemudian.

Anonymous said...

BUNTU DAN TERUS BUNTU
kebuntuan bila kawan makan kawan..
kebuntuan bila terlampau stress..
kebuntuan bila mengalami kesakitan yang teramat..
kebuntuan bila kerja terlampau banyak..
kebuntuan bila duit ditangan semakin kurang..

Kalau kita masih boleh lari dari semua ini..Hidup takkan jadi menarik..KEBUNTUAN memaksa otak kita terus berfikir dan berfikir bagaimana untuk menyelsaikan masalah..sehingga semuanya akan menjadi gelap dan terus terpadam seperti computer..

Banyak cabang dalam kehidupan dan kau masih lagi seorang manusia jika kau berasa buntu-kata-kata dari seorang wanita yang melihat aku kebuntuan ditepi tangga.

Dulu, kebuntuan ini tidak pernah wujud walaupun sedetik kerana masih tidak sedar akan cabaran dalam kehidupan sebenar. Semua yang aku mahu boleh aku kecapi. perempuan?duit?makan?pakaian?sumua lengkap sehingga aku berhijrah ke dunia yangg lebih extreme.

Aku masih diperlukan oleh mereka. Mereka perlukan khidmat aku dan aku perlu bantu. DAN AKU MAHUKAN YANG TERBAIK.

Aku masih mentah. Banyak lagi yang aku perlu belajar. Belajar, belajar, belajar sampai ke liang lahat.

KEPERITAN INI TAKKAN LAMA. jatuh sekali tak bermakna aku tak boleh bangun. walau aku lumpuh sekalipun aku akan TETAP cuba bangun. Kerana kejayaan bermula dari kejatuhan yang berkali-kali. Mungkin ujian hari ini memberi pengajaran kepada aku untuk hari yang kemudian.

Anonymous said...

putry...
aniq akan sentiasa dengan putry...
walaupun kisah kita seperti pelangi yang hanya ada selepas hujan tapi bagi aniq, aniq akan tetap sematkan putry dalam hati aniq...
aniq tak kan pernah cintakan putry lagi melainkan sayang sebagai seorang kawan...
kalau boleh, aniq nak sangat kita macam dulu...
warnakan kembali lukisan yang pernah kita lukis...
ketahuilah aniq bukanlah sekejam yang putry sangkakan...
aniq juga manusia yang punya hati nurani yang tahu erti sayang dan menyayangi dan sakit bila ditinggal pergi...
maafkan aniq putri...
jika dulunya, kita selalu bersenda tentang perkara sebegini tidak aniq sangka akan menjadi satu kenyataan yang bagai tergantung tanpa tali...
bagi menggelakkan ada lagi orang yang akan menumpang pokok api-apinya di tali persahabatan kita, aniq hulurkan tangan tanda maaf sekiranya masa atau ruang yang aniq pernah minta selama ini daripada putry telah terlalu lama dan menjadi kenangan akhirnya...
sebagaimana yang putry minta, aniq akan berhenti berharap dan lupakan perasaan yang pernah terjalin...
kita sehabat ya?

omgpetch said...

sebab tu lah kte tak perlu terlalu rapat dgn sesiapa. things just come and GO

Anonymous said...

agak kurang setuju dengan omgpeth kerana "things that just come and go" adalah sama sekali!
p/s : tidak boleh diterima pakai!