http://www.emailcashpro.com

Tuesday, March 3, 2009

030309

Selamat siang, erkkkk pagi mungkin.

Hanya memakai bra dan jeans untuk pagi ni. Mata membulat, sedangkan aku sepatutnya pergi ke kelas. Aku ponteng dengan alasan tak larat. Memang tak larat pun nak bangun awal pagi tadi. Tapi bangun pada tepat masa ke kelas. Itupun sebab si dia yang kejutkan.

Kepala aku asyik migrain kebelakangan ini. Payah ah.

Shooting untuk filem pendek sudah selesai. Penat sampai aku lumpuh sekejap pada hari terakhir pengambaran. Itu pun semasa nak balik. Kuatkan kaki juga, sebab fikir siapa lagi yang boleh pandu lagi cekap selain aku (perasan).

Kereta Viva makin lama makin banyak kerosakan.

Si godang sudah berjumpa dengan Acu. Tak lama lagi nak bawa pulang ke kampung. Aku memang suka melihat dia senang bersama keluarga. Lagi-lagi dengan mummy yang memang tak akan berhenti bercakap. Macam semalam, mereka saja yang berbual. Mata aku statik di tv.

Sejuk lah.

Marilah peluk aku. Aku memerlukan pelukan yang betul-betul tenang. Bukan pelukan mengambil kesempatan. Pelukan ikhlas aku pernah dapat adalah dari Meiy.

Meiy..peluk lah aku. Aku nak menangis lagi di bahu kau. Aku mahu kau mencium dahi aku seperti seorang abang kepada adik. Aku mahu kau menjaga aku sepertimana ayah menjaga anaknya.

Menangis.

Aku memang kuat menangis. Menangis rindu, sebak.

Sebak yang teramat sampaikan dada aku ni mencucuk-cucuk. Tetapi dari luaran semuanya palsu hanya semata-mata ingin menggembirakan minda dan hati. Hanya semata-mata ingin menunjukkan bahawa aku kuat. Ya aku kuat dari luaran, tetapi lemah dari dalaman. Aku masih bebal.

Aku bersyukur kerana memiliki insan yang betul-betul menyayangi aku (Wanfi). Bila melihat wajah dia, hati aku mula meronta-ronta.

Tolon jauhi aku dari semua godaan, harapkan dialah yang terakhir untuk aku. Harapkan aku tidak membuat silap macam dulu. Harapkan aku tidak menyakiti dia sebagaimana aku menyakiti orang lain.

Permulaan kisah aku dan Wanfi banyak halangan. Naluri aku kuat berkata, dia lah yang boleh menjaga aku. Naluri kuat pada kali pertama berjumpa dan bertentang mata.

Usaha aku tak sia-sia. Aku tak mengalah. Bila tak mengalah, sentiasa mendapat habuan yang menarik.

Wan Mohd Firdaus, nyawa baru aku.

No comments: