http://www.emailcashpro.com

Friday, February 27, 2009

Masih celik

Dah jam berapa, mata masih celik. Tadi berlari kejap ke pagar cinta, bagi baju pada si dia. Sebab dia terlalu rindu nak bau aku. Aku ada baju sejuk dia, boleh cium hari-hari. Cincin dia beri pada aku. Nyawa baru. Beberapa hari ni, sering saja, terlupa mana letaknya cincin. Air mata ni asyik nak meleleh keluar bila nyawa hampir hilang. Aku kan pelupa.

Oh ya, dah lama tak berbicara tentang bekas kekasih ya?

Sudah kedepan, bagus. Tetapi aku turun ego, telefon kau, walaupun kau burukkan aku pada semua orang. Entah kenapa lah kan? Mungkin masanya belum tiba kau memijak kepala aku, walaupun nama aku sudah tercemar. Kau ceritakan tentang apa yang kau rasa, apa yang aku rasa? Kau buang jauh-jauh.

Tahniah.

Kali ini entah keberapa kali aku sering mengalah untuk kebaikan. Kau pijak lah aku semana yang kau puas. Bila dah puas, masa aku pula. Kau tunggu sajalah. Masa ini, masa kau. Keburukan aku kau jaja pada orang lain. Sedangkan kau, aku cuba simpan sehabis baik.

Tahniah lagi sekali.

Aku sudah ada teman yang boleh menjaga, walaupun aku tidak menaruh harapan yang tinggi atau memberi harapan yang mungkin aku tak boleh janjikan.

Yalah, aku kan syaitan bertopengkan manusia. Janji-janji manis saja kan? Sedangkan aku juga manusia yang punya perasaan.

Bila mula dengan keperlian kau, aku ingatkan balik, kau burukkan aku. Nama aku busuk agaknya. Tak apalah, mungkin ini apa yang patut aku dapat. Tetapi dengan mencemarkan nama baik aku dengan perkara yang tidak betul, aku tidak boleh duduk diam. Jangan kau melangkah garisan kesabaran aku.

Terima kasih kerana kau sudi ucap hari ulangtahun kita yang ke dua tahun, selepas aku menelefon kau.

Telefon hanya untuk tanya khabar, dan jujurnya aku memang rindu. Bila ingatkan balik, aku bodoh, bebal sebab aku pergi pada orang yang sudah burukkan aku? Alahai, tak mahu buat lagi.

Nak tidur sebenarnya, tapi kuatkan juga lah. Nak siapkan apa yang patut.

2 comments:

IJ said...

theres no point for me to 'jaja'ing ur weaknesses. i'm a new man now:)

Neverland said...

kau ingat aku tak tahu. kau tak jaja. tapi kau bercerita. melalui penceritaan kau, kau buat orang simpati. yalah, memang aku salah. simpati dengan kau saja, tidak mendengar sebelah pihak. sedangkan kau pun sudah ada yang punya. walaupun aku yang berpunya dulu. tolong ya, jangan bagi telinga aku pedih lagi. kerana kau akan aku cari.