http://www.emailcashpro.com

Monday, February 23, 2009

Sejarah

Dari pagi semalam, selepas terlantar 'sakit', aku cuba untuk berdiri dengan teguh. Aku melawan 'benda' tu. Walaupun badan ini, berat sangat nak melangkah. Walaupun mata ini, berat untuk membuka. Seawal pagi yang boleh aku bangkit, walaupun tak cukup tidur. Kemudian, terus ke Modul dengan muka yang ceria-beria.

Jangan ceritakan tentang Modul.

Hari berjalan dengan lancar, tetapi agak songsang bila bekas kekasih mula menjadi psycho. Aku menjadi takut dan terus tak ingin melayan.

Macam biasa, aku cuba gembirakan diri walaupun tak gembira mana. Sebenarnya lebih gembira, dan tak sabar bila Wanfi ajak keluar selepas tamat modul.

W : I nak you pakai baju kurung
K : Kenapa?
W : I suka tenguk you pakai macam ni

Sekarang ni, waktu maghrib aku tak boleh berada di luar, pengajaran untuk aku juga.

K : Apa dalam beg you?
W : Baju spare
K : Kenapa?
W : Nanti you bawa lah baju spare, mana tahu kita nak kemana-mana ke?

Turun balik dengan membawa beg galas, yang berisi dengan syampu, berus gigi, pencuci muka, bra, seluar dalam, baju tiga helai, seluar dua helai. Entah nak pergi mana lah kan?

Muka dia jadi lain. Jadi yang aku tak pernah lihat sebelum ni. Dia jadi tak tentu arah dalam keadaan yang gemuruh teramat sangat. Tetapi muka terlalu gembira, dan aku gembira untuk aku. Semasa membawa kereta, kepala aku kejap ke sana, kejap ke sini. Aku lawan juga, sebab baru lepas azan maghrib.

--scene dalam kereta--

W : You nak pergi MPG?
K : Hmmm (malu) you ajak I lah ni?
W : Yeah, I nak you jadi date I,nak?
K : Boleh?
W : Sudi tak?
K : Ya, I sudi, tapi nak tanya. Nak pakai baju apa?
W : Pakai macam ni
K : Macam mana?
W : I pakai macam ni, you pakai baju kurung
K : Huh?!
W : I suka sangat tenguk you pakai baju kurung. You nampak cantik sangat. Cantik sangat-sangat!

Yalah, mana tak nya. Sepanjang aku pandu, dia memandang aku dengan muka yang gembira, beserta dengan gemuruh, tak putus-putus memuji aku cantik.

Sampai di Pak Li, makan, dia masih dalam keadaan yang gemuruh.

Selesai makan..

W : I.. (sambil menarik tangan aku)
K : Apa? (dah bau hancing)
W : Sudi tak you jadi girlfriend I?
K : Yes
W : Betul ni?
K : Ya, I sudi, I ikhlas

Dia lagi tambah gemuruh. Muka naik merah, sedangkan aku ni sedaya upaya untuk cool. Sedangkan dalam hati ni melompat-lompat nak menjerit.

W : Ada lagi satu
K : Apa dia?
W : Tapi dalam beg

Rupanya dalam beg, bukan ada baju, tapi ada hadiah untuk aku. Hadiah itu dia mencari selama dua jam. Memikirkan bagaimana nak bagi aku suka. Cantik dan wangi.

Mula dalam keadaan yang kekok, kerana sudah declare.

W : You dah jadi girlfriend I

Dia senyum bangga. Aku dapat merasakan dia betul-betul serious dengan aku, kerana hari sebelumnya, dia suruh aku bercakap dengan ibunya dan akan membawa aku balik ke Perak.

W : You dah jadi milik I, orang lain takkan dapat kacau you.

Dia dah mengaku, dia cintakan aku. Dia mula jatuh cinta, saat dia melihat aku pertama kali dalam berbaju kurung.

Ya, aku dalam keadaan yang terkejut. Aku sudah jadi milik dia?

Hari ini, aku memakai tudung kerana ada kelas CTU, dan aku tahu dia tak sabar melihat aku memakai tudung.

W : Kan manis dan cantik kalau hari-hari pakai macam ni

Senyum

W : You nampak cantik sangat. Sejuk hati I tenguk you bila masuk dining tadi. Nampak-nampak you, memang sejuk betul. Tenang hati I. Cantik sangat.

Muka aku ni agaknya dah lumrah untuk memikir jadi tertonjol. Epul yang perasan.

E : Kelakar lah tengok kimie. Rasa bahagia tengok kimie, seronok!

Eh?

Pertama kali lelaki melamar aku secara depan-depan. Pertama kali aku mengalami situasi yang macam ni.

Oh yeah, aku sudah tiada kebebasan untuk sekarang, dan aku mungkin tidak menyesal. Mungkin ini keputusan yang baik untuk aku.

1 comment:

RUSH said...

tahniah,!!!
hehehe...
patut ler suap menyuap kat dining td..hahaha..jeles aku!
aku,xde sape pun yg sudi nk melamar aku..hak3! =)