http://www.emailcashpro.com

Monday, February 23, 2009

Menyakitkan

Aku tahu mata kau sakit melihat semua kejujuran aku di sini. Hati kau sakit, dan kau akan mulakan spekulasi bahawa aku tidak menjaga hati kau.

Aku ada buku baru.

Terima kasih kerana masih menyayangi aku. Jika betul kau sayang, jangan kau perlakukan aku dengan keadaan yang menakutkan aku. Kau sudah mula menakutkan aku, dan membuatkan aku malas nak melayan dengan kerenah kau. Aku jujur disini, malas nak menyimpan. Aku tak mahu memberi apa-apa harapan lagi pada kau.

Jika betul kau sayangkan aku, tolong jangan menakutkan aku lagi. Kau sudah mula membibitkan rasa benci terhadap kau, secara dengan tidak sengaja beralasankan kau yang punya perbuatan.

Aku ingat dan akan ingat dengan ayat kau "Awas kepada sesiapa yang mula ingin bercinta dengannya"

Mati kau.

Jangan kau memburukkan aku, tetapi memaniskan aku di depan. Aku benci dengan makhluk jenis kau.

Aku ingat dan akan ingat dengan ayat kau "Kepada Wanfi, jangan terkejut kalau dia tinggalkan kau dengan apa jua alasan"

Mati kau.

Tolong mulakan hidup baru, jangan menjadi orang gila yang membuatkan aku meluat.

No comments: