Tadi aku dapat mesege dari Andy senior kampus aku. Pendaftaran untuk masuk ke kampus diawalkan ke 28 Disember 2008. Aku menjerit macam babi gila. Aku tak puas. Aku tak puas nak bergembira. Aku tak puas melepaskan nafsu pada kekasih. Aku tak puas mencium bau-bau hapak bilik aku. Aku tak puas mengeluarkan air liur basi dekat bantal aku. Aku tak puas lepak-lepak dengan member. Kenapa ya?
Aku malas lah nak sambung belajar. Kalau nak tangguh boleh? (gila)
*diam lima minit*
Aku baru lepas jenguk kotak empat segi yang bercakap (entah ikut siapa), seorang yang bukan mangsa dari bencana perbuatan manusia tak bertanggungjawab,yang memunggah barang dari kondo buat bising. Katanya
O : Kitaorang angkat barang banyak,tapi tentera boleh duduk tengok makan je. Siapa yang tak bengang? lepas tu bagi kami masa yang kejap. Tolong lah kami. Aku dah lah bayar cukai macam-macam. Diaorang cakap je banyak, nak tunjuk glamor je lebih. Tak payah datang sini, kalau nak tengok je.
Dan macam-macam lagi. Pandangan aku? Tiada komen.
Aku nak bercakap tentang politik sekarang pun susah. Sebab kalau cakap yang tak tentu hala, kita yang ditangkap sedangkan blog ni masing-masing sendiri punya hak. Kita ada hak untuk bersuara. Bila bersuara tentang kebenaran, kita ditangkap dan dihina dan cerita diputar belitkan. Kalau kita diam, salah satu sebab kerana dapat duit haram (rasuah). Malaysia pun apa kurangnya.
Berbalik pada topik. Aku montel ke?
No comments:
Post a Comment