http://www.emailcashpro.com

Saturday, January 5, 2013


Ramai orang bertanya kalau aku sudah berhijab. Jawapan yang pasti aku beri ialah mencuba. 

Aku masih sedang mencuba. Aku tidak mahu terus memaksa diri dan kemudian hari jika iman aku tidak kuat, aku akan tanggalkan. Biarlah aku mencuba perlahan-lahan untuk menjadi selesa dan kerana Allah. 

Kisah aku mencuba ni tak ada kaitan dengan mendapat hidayat ataupun disebabkan dugaan yang Allah berikan. Kisah sebenarnya bermula bila bulan lepas aku nak pergi tengok wayang dengan adik-adik aku dan aku malas nak berhias rambut jadi aku terus sarung selendang. 

Itu sahaja. 

Sejak itu entah kenapa aku mula selesa. Aku mencuba untuk kekalkan. Walaupun sekali sekali aku membuka, dan terkadang tu jujurnya aku terasa macam bogel. Tak selesa. Betul. 

Aku berharap dalam proses mencuba ini akan terus menjadi kekal. 

--

Alhamdulillah. 

Benarlah. Jika kita terlalu asyik dengan dunia, bermacam masalah yang timbul. Aku bersyukur sebab aku dah lalui zaman kesialan dan merasai kesialan dan kebangsatan macam tu. 

Aku mencuba sehabis baik untuk kuatkan semangat untuk terus kekal bahagia macam ni.

No comments: