http://www.emailcashpro.com

Monday, August 27, 2012

Kalau blog boleh bercakap tentu aku dah dimaki hamun, berdas das tanpa henti. Aku melupakan kewujudan   Neverland atas sebab aku tergoda dengan godaan meow Twitter. Aku lupa bahawa Neverland adalah satu-satunya 'manusia' yang tidak pernah tinggalkan aku, sanggup ditadah untuk mendengar. 

Maafkan aku Neverland. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. 

--

Buat masa sekarang aku suka dengan apa yang aku ada. Aku syukur dengan apa yang aku sudah genggam. Aku bahagia dengan manusia yang mengelilingi aku menghargai aku dan ikhlas untuk berkawan. 

Tak kisah, sebab jalan freelancer ini memang sukar dijangka masa depannya. 

Tak ada job buat masa sekarang. Sibuk dengan permulaan business sendiri bersama Mariam, sibuk dengan proposal yang mahu dibuat untuk syarikat produksi sendiri. InsyaAllah, Amin. 

Jika usaha lebih dengan kesusahan tentu akan mendapat berkat dan kejayaan yang enak. InsyaAllah, Amin. 

--

Siapa kata aku tak boleh bahagia dengan hidup susah-senang aku? Asalkan aku bersama dengan orang yang aku mampu bahagiakan dan membahagiakan. 

No comments: