Saturday, February 11, 2012

Aku seorang yang suka bercerita tentang kesalahan atau keburukan yang aku buat. Aku tak suka nak berselindung tunjuk muka baik. 

Tapi aku silap. Sebabnya baru aku sedar "jangan kita buka pekung kita sendiri, kita sendiri yang menjatuhkan maruah kita sendiri"

Jadi dengan ini, insyaAllah aku akan cuba simpan untuk diri sendiri. Sebabnya kawan yang mendengar tak semestinya suka dengan apa yang kita cakap. Kawan yang sentiasa bersama kita, tak semestinya kita kena percaya. Kawan yang kononnya "are you ok Kimie?" tak semestinya ikhlas, sedangkan ada hasad dengki. 

Ya Allah. Aku dah buat silap besar dengan menceritakan keburukan aku, dengan menunjukkan kesalahan aku pada kawan-kawan. Astaghfirullah. 

Aku anggap ini sebagai satu pengajaran. Keburukan yang kita buat simpan sendiri, jangan pernah percaya pada sesiapa. 

Disebabkan aku suka berceritalah semua kawan-kawan,

"Halah Kimie senang kot nak dapat mana-mana lelaki"
"Kimie ni diam diam je, padahal"
"Kimie power siot ayat lelaki"
"Kimie kalau goda lelaki, memang nombor satu"

Dan sewaktu dengannya. Aku gelak sebab aku masih tak perasan. Rupanya itu semua sindiran. Ya Allah. 

Ada sebab kenapa jadi macam ni. 

No comments: