Thursday, January 5, 2012

Uhuk uhuk.

Hai 2012. Apa khabar awak? Dah lima hari masuk tahun baru, tapi masih lagi tak ada job. Terasa diri ini sangat loser. Apatah lagi bila ramai kawan yag datang jumpa soalan wajib adalah "dah dapat kerja?", "job apa sekarang" sampai aku naik segan sendiri. Tak tahu nak jawab apa, jawapan paling bongkak dan makan kaki adalah "tak ada lagi, tak apa. rezeki ada mana-mana. sekarang ni nak berehat. tak kerja pun busy, mengalah artis. orang ajak lepak sana-sini"

Ayat akhir tu semata-mata nak menyedapkan hati tapi fakta. Walaupun aku tak kerja, hari-hari sibuk. Sibuk keluar. Sibuk bertemu janji. Sampai satu tahap aku ada penyakit. Iaitu penyakit cakap kurang ajar. Bila aku rasa tak puas hati atau rasa diambil kesempatan aku akan cakap sejujur-jujurnya.

Tak suka, aku cakap tak suka. Kalau suka, aku tak kisah.

Lepas ni dah tak mahu sambut apa-apa event di Penang, sebabnya tutup awal. Kalau dekat KL, mana-mana sampai subuh pun tak apa. Tapi yang best, keluar jalan-jalan, makan, lari dari pusat karaoke tak bayar, tidur tepi jalan dekat Queensbay, dan macam-macam dan macam lagi.

Maaflah sekarang ni makin lama jarang update blog, dan update gambar. Sebab dah ada Facebook dan Twitter yang buat I rasa "tak perlu lah nak letak gambar yang sama dekat blog"

Kepada kawan-kawan yang tak mahu lagi atau meluat tengok I tak bekerja tapi masih boleh bergembira maka hulur-hulurlah job kepada saya. Terima kasih.

1 comment:

mohamad 'may' yawmon said...

sama nasib kita, kahwin je lah! jom?