http://www.emailcashpro.com

Sunday, January 8, 2012

Lama aku biarkan page ni terbuka. Nak luah rasa berat hati. 

Untuk makluman anda semua, aku sendiri merasa kesal dengan kawan-kawan yang tak memahami dan sibuk kata "kau tu duduk je tak buat apa, macam mana nak dapat kerja", "bila lah weh kau nak kerja? asyik duduk melepak" 

Rasa macam nak naik tangan bagi sedar yang aku memang terasa. 

Mungkin sekarang bukan rezeki aku untuk dapat apa yang aku mahukan. Sakit sekarang, bahagia kemudian. Aku selalu fikir positif. Kalau engkau orang semua sibuk dengan hal hidup aku, dah rasa jelik tengok aku tak bekerja, aku berterima kasih. Sebab engkau orang semua prihatin terhadap aku. 

Tapi janganlah sampai kena caci aku. Kadang-kadang aku malas nak berjumpa dengan kawan-kawan sebab setiap kali tu akan tanya soalan yang sama sampai membuatkan aku mahu angkat kaki duduk table lain. Ini serius. 

Nak sangat tengok bontot besar aku ni bergerak ke sana-sini aku akan tunjukkan. Satu hari nanti engkau orang semua tutup mulut tak mampu nak kata apa.

--

Banyak sangat benda yang aku harus fikirkan sampaikan aku malas nak ambil tahu dan biarkan saja.

No comments: