http://www.emailcashpro.com

Tuesday, December 6, 2011

Tepukan gemuruh sambil berdiri dan gelak untuk Rusydi atas gambar diatas. Cukup caption di FB dah buat aku terharu tersedak.

(klik gambar untuk penjelasan lebih besar)

ataupun

(tak perlu klik gambar untuk penjelasan sebab nampak aku gemuk :( )

Setiap minggu Tuhan duga. Untuk mengingatkan aku, bagaimana cara aku bersyukur dengan ketentuanNya. Bagaimana aku melatah, bagaimana aku menyelesaikannya.

Aku menantikan keajaiban tiba untuk seorang housemate yang mampu untuk menyewa bersama kami memandang seorang housemate telah pergi, dan untuk menggantikannya tidak jadi sempat sehari tinggal bersama kami.

Aku tak sabar nantikan hari Khamis ini supaya aku boleh bercuti sakan, tidak perlu memikirkan masalah. Lari sebentar bukan lari selama-lamanya. Sebab dah naik muntah memikirkan tentang duit,duit dan duit. Dan juga untuk Khamis minggu depan (senyum gedik)

Para pembaca, diharap anda semua dapat membawa aku mencari seorang penyewa perempuan yang sporting yang mahukan tempat tinggal bolehlah bersama-sama kami di Puncak Damansara. PLEASE SPREAD THIS NEWS. Thanks.

No comments: