http://www.emailcashpro.com

Friday, December 2, 2011

Haaa mula lah tu. Mula tidur lambat, bangun suka hati.

Benci *tangan di dada pandang ke atas*

Makin lama aku makin kuat memerli. Mungkin sebab aku makin lama terasa makan hati.

Dengar kisah penghijrahan Olin, aku merasakan "kalaulah aku kuat macam dia", "kalaulah aku dapat petunjuk dari Allah"

Semua takkan berlaku jika ada "kalau" bukan sebab "kalau" sebab benarnya "aku tak sanggup" ataupun "aku tak nak". Aku masih jahil. Masih lagi tak puas. Tapi masih lagi ingatNya. Masih lagi bila buat dosa "astaghfirullah".

--

Bila mengingatkan bahawa berlakunya seks bebas tanpa tunggang terbalik (mabuk), masih lagi satu dosa. Masih lagi salah, dan tetap salah. Tapi masih itu aku tak boleh nak elak. Tapi masih itu aku belum kuat untuk berubah. Ya aku memang jahil. Tapi bukan itu normal?

Jika mahu berubah, jangan dipaksa terusan. Bermula lah dari bawah.

Permulaan penghijrahan (untuk aku)

1. Berhenti menghisap rokok
2. Berhenti mencarut
3. Berhenti raba sana sini
4. Berhenti memandang benda yang tak patut
5.
6.
7.
--
150.

Hah! terlampau banyak :( :(

InsyaAllah jika hati aku sudah terbuka, insyaAllah aku akan berhijrah. InsyaAllah. Amin.

Aku percaya jika kita masih ingat padaNya, jika kita terdetik untuk berubah, jika kita terdetik "apa dosa aku dah buat ni?" itu tandanya kamu masih ada Iman.

Belajarlah kamu dari kesilapan, supaya kamu menjadi orang yang lebih baik. Belajar dari pengalaman.

Takutnya, sebabnya itunya akulah akibatnya.

No comments: