Thursday, December 15, 2011

Buat masa sekarang ni aku tak dapat nak buat keputusan dengan betul. Sebabnya aku bukan sahaja buat dosa pada Tuhan, tapi pada manusia juga.

Dosa pada manusia, aku sendiri rasa jijik dengan diri sendiri, sedangkan dosa dengan Tuhan, aku masih jahil. Masih lagi itu buat dosa.

Aku tak tahu kenapa aku perlu patah balik masa zaman silam, menjadi diri sendiri yang begitu 'murah' dan kemudian aku sendiri yang sakit.

Sejak bila aku tak pasti, tapi apa yang pasti aku sendiri sedih dengan diri sendiri. Aku sendiri yang merasa rugi walaupun keadaan tak semegah rugi pun, untung banyak ada.

Aku sendiri yang perlu elak benda ini sebelum jadi serius ataupun aku yang meletakkan harapan terlampau tinggi dan boleh membuatkan aku sendiri yang sakit.

Ataupun orang lain yang sakit?

Padahal aku dah bercuti dengan family minggu lepas, masih lagi jiwa kacau. Mungkin aku perlu bercuti seorang diri?