http://www.emailcashpro.com

Friday, December 30, 2011

Alhamdulillah. 

Satu demi satu masalah aku dah cuba selesaikan. Aku dah sehabis elak untuk melakukan perkara yang tak sepatutnya. 

Mom berkata

M : Sebagai seorang ibu, ibu boleh nampak dan rasa apa yang akan berlaku pada anak-anak. Mummy nampak kakak berjaya dan murah rezeki, rezeki melimpah-limpah. 

Amin. 

Amin dan amin. 

Dah tahu apa nak buat untuk tahun depan?

Satu perkataan sahaja, NAK JADI KAYA. Itu adalah motif utama. 

Untuk tahun 2011, aku rasa tahun yang best. Sebab awal tahun aku dah ada 'baby' sendiri iaitu REMBAT, dan menjadi Pengarah ditambah lagi masuk percalonan untuk banyak kategori masa Hari Karyawan. Tak cukup dengan tu, aku dapat ramai kawan-kawan baru bila mula bekerja dan dapat merasa ketahian bos yang macam tahi. 

Tahun 2011 tahun best. Tak menyesal apa-apa. Sebab kita ambil semua benda sebagai pengalaman. Jangan pernah menyesal. Benda yang dah lepas jadikan memori, tapi jangan biarkan memori tu jadi satu bebanan. Jangan sangkut dengan memori. 

Tahun 2011 dapat ramai kawan. Hai kawan-kawan *lambai kegembiraan*

No comments: