Wednesday, November 30, 2011

Apabila menjadi seorang freelancer kembali, terasa dunia ni tak adil. Apabila kita sudah biasa bekerja, bangun awal, balik lambat, terasa dunia ni tak adil.

Rasa macam tak ada arah tujuan.

Rasa macam....sakit. Sakit bila perlu memikirkan kita tak ada job untuk masa seminggu yang baru tak merasa bekerja ni.

Dan sebenarnya aku dah banyak buat dosa, jadi aku perlukan rehat yang secukupnya. Bebas dari panggilan, bebas dari stress, bebas dari memikirkan menyelesaikan masalah orang lain.

Aku dah serabut sebab setiap kali itu, aku perlu memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah orang lain. Rasa macam "kau ni bodoh ke apa tak boleh nak fikir sendiri, sampai aku kena fikirkan untuk kau?"

Kalau nak cerita pasal terasa dengan kawan-kawan-kawan-dan kawan aku rasa nak muntah. Sebab setiap kali itu aku kena jaga hati. Habis tak fikir, AKU PUN TAK ADA DUIT. AKU PUN ADA LIFE SENDIRI. AKU PUN NAK REHAT DARI MEMIKIRKAN MASALAH YANG TAK SEPATUTNYA.

Habis sudah CAPS LOCK aku pakai.

Sekian #terasahati #penat #babi

Semenjak dua menjak, dah ramai orang pakai # # # ni, sampaikan mesej pun boleh pakai. Kau hado?

No comments: