http://www.emailcashpro.com

Friday, September 2, 2011

Untuk sebab yang sama aku tidak post gambar raya di sini sebab sudah letak di FB. Untuk gambar yang terakhir pula, adalah untuk memperasankan diri sendiri.

--

Alhamdulillah. Raya tahun ini lebih bermakna dari tahun lepas, kerana Aiman sentiasa membuat muka nak makan kaki dari tahun lepas yang membuatkan kita memeluk dia kerana rasa kasihan. Berbeza, sangat berbeza.

Alhamdulillah, kali ini gambar raya lengkap.

Alhamdulillah aku masih lagi dapat duit raya.

Alhamdulillah ramai yang mendoakan aku untuk naik pelamin dengan cepat.

Alhamdulillah ramai yang mendoakan aku supaya mendapat posisi di Media Prima.

Alhamdulillah aku tidak perlu beraya ke rumah yang bisa membuat aku hipokrit, walaupun raya sepatutnya untuk kita memaafkan dan berdamai.

Tapi bukan untuk aku.

--

Disebabkan Wan dan Mummy berharap I akan berkahwin dengan lelaki yang baik dan cepat naik pelamin, kali ini I perlu lebih serius dalam perhubungan. Memang aku serius, cuma perlu lebih matang.

Masih sempat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya :)

No comments: