Friday, August 19, 2011

Untuk masa sekarang kepala I banyak persoalan.

Untuk masa sekarang juga hati I gatal-gatal sakit. I garu-garu dada I.

Kerut dahi.

Untuk tidak mengetahui sebab apa, I pergi dapur cuci beberapa cawan dan pinggan. Sinki tak kosong. I cuci tangan I dengan sabun cuci pinggan. Sinki masih lagi tak kosong.

I keluar dari dapur, I lap tangan dekat seluar jeans Syam yang I rabakkan dan jadi pendek. I garu-garu dada I dengan tangan yang tak berapa kering.

Kerut-kerut dahi.

-- lima minit sebelum --

"mana you??????????????????????????????????????????" banyak tanda soal I letak

-- setengah jam sebelum --

Dengan harapan, telefon dibalas, mesej dibalas.

-- lima jam sebelum --

Telefon, tak angkat. Telefon, tak angkat.

-- patah balik ke masa sekarang --

I gigit-gigit bibir I. Makan kulit bibir I.

Sampai sekaranglah hati I gatal-gatal sakit. Tahu apa maknanya?

1 comment:

Puteri Lanun said...

maknanyer
:u cari i
:i diam
:u carik i lg
:i diam lg

pekate kau ckp "x gune ade hp tp tamao angkat kol" hehehe