Sunday, August 14, 2011

Pernahkah kamu mengalami, berkali-kali melihat ibu kamu menangis teresak-esak/meroyan kerana disebabkan perempuan/betina lain?

--

Fikirkan balik, aku hampir kehabisan duit dan tidak mampu untuk belanja adik-adik beli baju raya. Hari Selasa baru nak hantar CV pada Dato Farid. Mungkin boleh mula bekerja awal bulan depan? Atau lepas raya?

"Nanti kalau kakak dah kerja, mummy harap sangat kakak duduk dengan mummy. Kakak je lah pelindung mummy." kata mummy ku yang montel sambil menangis teresak-esak di atas peha aku.

Apa yang kau-kau-kau-kau akan buat?

Tak sampai hati nak meninggalkan mummy dan aiman dalam rumah yang serba lengkap dan canggih ni (poyo lebih) walaupun keluar pergi lepak. Kalau balik lambat sangat, hati aku akan....

"Apa yang aiman buat? Dah tidur ke belum? Bosan ke diaorang tinggal berdua?"

Woi tak senang, tak senang, tak senang.

Sebab itu setiap hari kalau keluar, seboleh bolehnya akan telefon mummy dan aiman sebanyak yang boleh untuk memastikan yang diaorang tak bosan tinggal berdua di rumah, dan pastikan diaorang makan.

--

Pagi tadi, seorang perempuan yang aku paling tabik berani menjejak ke rumah dan membuatkan mummy hampir pengsan dan serta merta mengeluarkan peluru berpandu bertubi tubi.

--

Bila agaknya seorang lelaki yang bertanggungjawab dan kaya ingin berkahwin dengan aku?

2 comments:

Puteri Lanun said...

kimie..be strong k...kau kekuatan dan pelindung pada mummy and adik2 kau...jgn sesekali jatuh k! chaiyok! syg kau!

Payung said...

thank you teha. lama sangat tak jumpa dengan kau. bila tah dapat jumpa. sayang kau juga