Wednesday, August 24, 2011

--gambar tiada kena mengena dengan entri--

Kau selalu datang dan tegur balik dengan mengatakan "kenapa you macam mengelak dari I je?"

Dan aku akan menjawab...

"Bila masa?"

"Sejak you kawan balik dengan bf you"

"??????"

"I tahu lah, you memang keras kepala"

Sebangsat perangai kau terhadap aku dulu, macam mana aku dan kau bertumbuk di depan KLCC, memaki hamun anjing, pukimak, anak haram dan sebagainya, menggeletis dengan betina lain tapi satu kelebihan kau kenal aku macam mana.

"You memang ego lah mariana"

Dimana kekuatan aku dapat adalah dengan belajar dari lelaki ini. Bila terpaksa berdepan dengan lelaki penipu, aku belajar dari lelaki ini. Bila terpaksa berdepan dengan kekantoian diri sendiri, aku belajar dari lelaki ini. Bila aku kena ego dan dongak dagu tanda aku tak peduli dengan benda remeh, aku belajar dari lelaki ini.

Sebangsat layanan dia terhadap aku, sebangsat itulah aku belajar dari dia.

Tapi...

Bila aku berjumpa dengan orang lain, sebangsat perangai aku dah jadi sebaik makhluk. Tidak lagi memaki hamun. Tidak lagi mendongak dagu. Tidak lagi tidak mempeduli.

Semua menjadi kisah.

Semua menjadi lebih matang.

Semua menjadi lebih berperikemanusiaan.

Bila bangsat jadi bangsa.

No comments: