Friday, August 5, 2011

Dah habis cuci sawang-sawang dekat blog I ni.

Dah lama tak online, disebabkan internet kena potong jadi telah merasa hidup tanpa internet selama dua minggu. Memang tak dapat hidup sebab sentiasa gigit kuku, asyik tonton tv.

Tak sabar nak buka e-mail mengharapkan respon dari mana-mana production house, tapi masih kosong. Aku ulang sekali lagi. Masih kosong. Aku tunjukkan anak panah satu satu dekat unread email. Masih lagi hampa.

Aku nak pindah dari rumah ni cuba untuk hidup sendiri. Nak bayar semua sendiri. Dah tiba masanya aku memikul tanggungjawab besar. Dah tiba masanya aku lakukan sesuatu untuk diri sendiri.

I tak bekerja, tapi sekarang ni alhamdulillah I ada duit untuk tampung duit belanja I.

Eh kawan-kawan, jom lah kita buka puasa sama sama (macam kanak-kanak riang tak?)

No comments: