http://www.emailcashpro.com

Monday, June 6, 2011

Aku tak tahu nak rasa apa, ataupun nak luah apa. Banyak benda aku kesal, tapi pada kesal itu aku belajar. Bagaimana untuk tidak terlampau riak dengan perasaan dan tidak terlampau terbuka dengan perasaan. Sebab kalau benda lain yang jadi, sendiri rasa sakit.

Aku tak tahu nak kategorikan diri aku sebagai apa. Aku tak tahu bagaimana untuk menyedarkan diri sendiri bahawa aku boleh. Boleh kalau aku buang, dan aku terus dengan hidup. Tapi aku tak tahu kenapa aku masih tersepit dalam kepompong dimana, setiap kali aku cuba untuk memberi peluang ataupun meletakkan sedikit harapan, aku akan jatuh.

Jatuh dengan perasaan sendiri. Perasaan yang aku takut nak jaga.

Aku pernah kuat, pernah cuba untuk tidak sedih dan tak sakit hati. Berulang kali, setiap kali aku memberikan sedikit harapan, hati aku sakit.

Aku bodoh.

Memang betul. Aku bodoh sebab setiap kali itu aku riak dengan perasaan, dan kemudian jatuh sendiri, tak ada siapa pun nak mendengar.

Jauh aku termenung, dan berpulun rokok aku balun.

Satu aku bangga. AKU TAK MENANGIS.

No comments: