Saturday, April 16, 2011

Kalaulah ada gambar mesti seronok lompat terkinja-kinja punya. Tapi disebabkan tak ada kamera, ataupun lupa daratan sebab seronok sangat pun tak tahu lah.

Rasa terharu sebak tak ternangis sebab tercalon untuk empat kategori bagi Malam Karyawan.

1) Suntingan Terbaik
2) Sinematografi terbaik
3) Pengarah Terbaik
4) Filem Pendek Terbaik

Woi,woi,woi,woi. Gila lah. Rembat hanyalah satu-satunya produk Diploma yang berjaya masuk untuk kategori Filem Pendek terbaik.

Rasanya my first baby, memang baby yang terbaik. Tak sangka ramai yang menyokong. Atas dasar politik, kemenangan berpihak kepada orang lain. Tak apa, itu rezeki dia, memang aku dah jangka dia akan menang pun.

Janji tercalon dah cukup, kalau menang satu bonus, kalau tak menang tetap bahagia.

Malam ni Malam Gala. Sibuk dalam kepala memikirkan tentang masa nak pergi buat rambut bagai. Entah bila nak gerak tak tahu lah.

No comments: