http://www.emailcashpro.com

Wednesday, February 16, 2011

Aku tak minta engkau orang semua baca. Aku tak minta pun engkau orang jelik bila membaca. Kalau engkau orang rasa blog aku terlampau drama ataupun lebih kepada emosi merundum, then stop reading. Why you should continue?

Kalau betul ada orang kenal aku, orang itu akan faham tepuk bahu aku dengan lembut, usap rambut aku macam anak kucing, peluk aku macam teddy bear, dan hanya mendengar nafas tak bermaya aku ini.

Kalau betul ada orang kenal aku, orang itu akan tertanya-tanya bila aku mula gelak besar, bila aku buat perlakuan di luar jangkaan, jika aku mula melampau mengusik sana-sini. Kalau betul orang kenal aku.

Disebabkan ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan, aku tak mahu mencampur adukkan dengan emosi aku. Sebabnya aku tak mahu sesiapa kecewa dengan sikap aku yang tidak ambil endah tentang kerja.

Cukup kawan-kawan ada yang beri sokongan. Cukup kawan-kawan yang berikan kasih sayang yang ikhlas untuk menjaga, dan menceriakan. Tak semua ikhlas, tapi dengan bertanya khabar dah cukup kau ambil tahu tentang aku.

Kadang-kadang rasa keji bila perasaan tak mahu balik rumah sebab tak mahu mendengar masalah. Balik rumah jumpa dengan adik-adik, terutama Aiman. Susah kalau menjadi anak sulung perempuan yang perlu ada tanggungjawab terhadap keluarga. Kadang-kadang pun orang tak faham bahawa anak sulungnya yang sentiasa memendam dan mengalah terhadap semua benda. Bukan setakat adik-beradik, tetapi kawan-kawan dan pasangan.

Mengalah.

Sebab malas mahu berdendam, tetapi susah untuk melupakan. Disebabkan aku punya hati lembut, aku sentiasa mengalah kerana tidak mahu orang lain kecil hati, walaupun orang itu sudah berkali-kali memijak kepala dan membaling tahi.

--

No comments: