Thursday, January 6, 2011

Kadang-kadang kita tak sedar perlakuan kita rupanya-rupanya orang tak suka. Kadang-kadang juga kita tak sedar yang kita telah pun menyakiti orang lain. Antara tidak sengaja, ataupun sengaja.

Bila kita dipinggirkan, kita akan terasa "fuck, apa aku buat sebenarnya ni? apa salah aku?" dan kita akan dalam keadaan depresi yang teruk di mana, kita masih tak tahu apa salah kita sebenarnya. Bila berkaitan dengan kawan.

Aku pernah rasa. Aku ulang. Aku pernah dalam keadaan itu. Di mana dipinggirkan, dan tertanya-tanya. Zaman sekolah aku rasa tak ada pun kawan yang kawan. Susah nak cari kawan untuk kawan masa zaman sekolah, sebabnya aku dah diajar untuk tidak percaya pada sesiapa.

Cara lebih baik untuk lebih cool, apabila kita sendiri cuba fikir apa masalah sendiri. Cuba untuk buat benda yang boleh distract dari fikir benda yang menyakitkan.

Kawan ramai tak apa. Kawan untuk berhibur pun ramai. Tapi sahabat memang susah mencari.

No comments: