Tuesday, May 25, 2010

Infront of me

Dia cantik, sungguh cantik.
Rambut dia pun cantik, weavy.

Dia kacak, sungguh kacak.
Muka bersih, putih tak ada jerawat.

Dia cantik, lemah lembut percakapannya.
Tak sombong bila lalu di sebelah.

Dia kacak, sungguh manis senyumannya.
Percakapannya juga manis.

Dia cantik, baik pula.
Tapi dia buta.
Dia tak tahu, bahawa lelaki kacak itu manis dengan semua orang.

Dia cantik, baik pula.
Tapi dia dungu.
Lebih suka dengan lelaki kacak yang berpura-pura.

Aku diam. Diam memandang.

Mahu kata, takut badan binasa.
Takut dikata "kau sibuk kenapa"

Dia cantik, tapi kasihan.
Dia patut dapat lelaki yang lebih baik.

Bukan lelaki kacak yang bermulut manis. Bukan lelaki kacak yang berpura-pura.

Dia cantik, tapi dia dungu.

Aku tak cantik, tapi aku tak dungu.

2 comments:

maPieCeoFarT said...

tumpang kesian... sometimes, we just couldn't help those things happening right in front of us, aite? mampu tgk dan kesian saja... hurm...

*hey... kamu cantik-lah, dan of course, tak dungu... always remember that beauty comes from the inside, bukan luaran itu... =)

Payung said...

thanks zara :)