http://www.emailcashpro.com

Saturday, April 3, 2010

Komen tentang AF

Bagi pujian dulu sebelum mengkritik. Stage yang sangat cantik, dan tidak terlalu sarat.

Yang menjadi masalah, adalah kualiti pelajarnya sendiri. Aku rasa makin lama aku makin meluat. Makin jelik nak melihat pelajar yang main-main. Tak macam dulu. Setiap kali ada masa rehat, tentu akan cuba perbaiki vokal dan berlatih menari. Sekarang kelihatan, mereka seolah-olah mengejar glamor, dan banyak bergosip.

Weh, tolong.

Buang semua. Mungkin mereka tak latih pelajar-pelajar ini supaya lebih serius.

SERIUS. Faham?

JELIK. Faham?

Kalau ada buat kelab, anti pelajar AF, tak ada hal. Cuma makin lama AF makin hilang karisma. Boleh tak aku jadi pengkritik tetap, supaya aku boleh menghentam kesemuanya, supaya kesemuanya berhenti main-main.

Ai benci lah yu all. Yu all tak rasa semua ini mengarut ke?

1 comment: