http://www.emailcashpro.com

Tuesday, March 30, 2010

Tak habis lagi

Queen of my heart.

Subuh tadi aku mendapat panggilan tangisan. Jika dari member aku boleh terima. Tapi rasa runtuh bila mendengar tangisan ibu sendiri. Dengan baru tidur kerana menyiapkan assignment, mata terkebil-kebil, dan niat untuk balik memang 100%. Buktinya aku sedang berada di rumah, dan terpaksa membawa loverboy bersama.

Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Adil.

Semua ini adalah dugaan. Semua ini adalah ujian. Semua ini adalah hadiah. Hadiahnya merupakan perhubungan di antara keluarga menjadi terlebih dan teramat rapat.

Aku dah cakap, keluarga yang pertama kemudian akhir sekali baru diri sendiri. Aku sanggup berkorban apa sahaja untuk keluarga bagi memastikan kebahagiaan. Bukan memandangkan kepada duit dan kekayaan. Rezeki ada di mana-mana. Kebahagiaan itu akan timbul apabila keluarga menjadi satu. Aku tak hirau benda lain.

Cuma sekarang aku memerlukan kekuatan yang teramat ekstrem.

Sesekali tidak aku akan meninggalkan mummy.

Dugaan demi dugaan yang datang. Tapi kegilaan aku ini menutup semua sengsara dalam hati. Menceriakan hati dengan membuat perlakuan bodoh dan budak-budak. Ini barulah Kimie.

2 comments:

RUSH said...

be strong k...

"aku syg ko kimie.!"

Neverland said...

thanks ;')