http://www.emailcashpro.com

Friday, February 5, 2010

Untuk satu hari

Bila keadaan makin pulih dan cuba mencari penyelesaian dan sudah bertemu dengan kebahagiaan semalam apabila keluar beramai-ramai, tapi Tuhan masih uji lagi aku dengan masalah yang lain.

Paling aku hindarkan dan jauhkan adalah masalah dari rumah.

Tuhan uji. Paling uji adalah beban yang terpaksa dipikul oleh seorang anak sulung. Anak sulung perempuan. Iaitu aku.

Mungkin Tuhan beri kelebihan kepada aku kerana "matang tak kena dengan umur"

Dan Tuhan beri keistimewaan, kerana loverboy bertindak sebagai seorang abang dalam keluarga aku.

Dan semua angan-angan makin lama menjadi serpihan.

Ya Allah Ya Tuhanku, kau kuatlah aku untuk menguatkan ibuku. Kau bukakanlah pintu hati seorang lelaki yang bernama ayah, dan kau tenangkan hati kami sekeluarga.

Keputusan yang aku bakal ceritakan, mungkin keputusan tak boleh diterima akal. Tapi, awak harus meletakkan situasi awak dekat saya, dimana menjadi anak sulung perempuan dengan ibunya yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Awak bertanggungjawab bagi keluarga awak.

Ill sacrifise anything just for mummy dan adik-adik.

Nak menceritakan tentang hukum Islam dimana, lelaki boleh berkahwin empat, tetapi bagaimana dengan perempuan yang tidak bersetuju? Adakah itu masih boleh diterima?

(diam tunduk)

Air mata ini sudah kering. Air mata ini membanjiri hati.

Awak semua, jangan ganggu saya dengan masalah. Mungkin saya tak mampu lagi nak pikul. Mungkin saya akan bertindak di luar kawalan. Mungkin saya akan bertindak membunuh orang. Jadi jangan dekat dengan huru-hara.

Untuk satu hari ini, serpihan kebahagiaan yang loverboy cuba untuk keluarga kami adalah amat bermakna.

No comments: