http://www.emailcashpro.com

Monday, February 15, 2010

Banyak chapter

1) Selesai penggambaran MTV

Yang penting, kali ini semuanya agak bertambah mesra walaupun banyak sangat kerenah. Dan paling tak suka bila budak budak artis datang dan buat perangai di situ. Aduh. Lain kali jangan datang kalau nak buat muka bongkak. Jangan pandang kami sipi, sebab awak itu hanya sementara. Mungkin lain kali awak-awak ini akan datang dan merayu kepada kami.

2) Wani Ardy fly ke Australia malam ini

Semalam dia mesej, kenapa tak dapat nak datang. Sebab dia nak masakkan untuk kami. Tapi malangnya semalam semua orang terlampau penat, sehinggaan tilam dan bantal menjadi teman paling terbaik.

3) ...

Hai, kalau awak bodoh sombong tak kemana juga. Janganlah terlampau riak sehinggakan lambat laun nanti makan diri sendiri. Tak perlu tunjuk awak ni terlalu bagus. (ludah tepi)

4) Lelaki vs Perempuan

Untuk minggu ini, kebanyakan kami kaum perempuan banyak masalah dengan kaum lelaki. Dan semestinya buat kelab "jangan percaya janji manis lelaki, semuanya fake" ataupun "cari harta dulu sebelum kahwin" ataupun "jangan tunjuk bahawa kita ini lemah". Ok -____________-

Kali ini masih tak cukup tidur.

Loverboy, mari dodoi saya.

No comments: