http://www.emailcashpro.com

Saturday, January 30, 2010

Lain kali menulis jangan hirau

(gambar rajah di atas hanyalah untuk menunjuk tiada kaitan dengan entri)

Yang sebenarnya, aku terbaca ataupun mungkin aku memang nak baca. Untuk sekarang ini, aku tengah fikirkan, apakah tujuan kita menulis blog?

Aku kenal dunia blog sejak lama dulu, bila diperkenalkan di Google. Masa tu budak hingus lagi, tapi aku tak aktif, tulis merapu-rapu macam diari sebab asyik mengutuk orang. Dan kini, bila melihat, terlampau banyak dan blog menjadi trend.

Aku tidak rasa blog boleh menjadi trend. Aku tidak rasa orang yang memiliki DSLR boleh menjadi trend. Aku tidak rasa orang yang pakai skinny jeans merata-rata menjadi trend. Aku tidak rasa memakai beg zaman mak dara dulu menjadi trend. Dan paling haruk sekali, bila pertama kali aku memakai jaket kulit warna coklat, dan kini bersepah orang memakai jaket kulit warna hitam di Puncak, tidak rasa menjadi trend.

Adoi. Trend itu bagus. Tapi sampai bila?

Ada awak semua nampak saya pakai jaket kulit itu lagi? Itu pun boleh kira.

Berbalik kepada utama, kenapa awak buat blog?

Berbalik kepada ayat pertama, aku memang ingin baca, tapi bila melihat komentar yang diberi sangat pedih dan aku faham perasaan pemilik itu mesti sedang berguling guling pegang dada, sebab komentar yang diberi kini hampir membunuh.

"Kau tak boleh terima kalau orang hentam kau, tapi kau hentam orang boleh. Kau ingat kau ni famous sangat. Yalah, semua orang sekarang ni backup kau, sebab kau popular. Tapi aku ni peminat lama kau dah jadi meluat dengan kau."

-mati-

Kalau aku jadi pemilik itu, mungkin aku akan delete terus. Tidak pun mesti minta maaf. Tidak pun buntu terus.

Menulis itu perlu dijadikan batasan ke?

Kadang kala blog menjadi tempat aduan, tapi tak pernah terfikir orang lain yang membaca akan terasa lagi-lagi kalau awak popular. Kalau tak mahu dihentam, tulis macam Hanis Zalikha, tidak pun Awin Roslin. Atau mahu orang-jadi-baca-berulang kali baca blog Bin Filem, penuh fakta.

Atau awak boleh cakap, PERGI-MAMPUS-LAH-BLOG-AKU-LAH-B*B*-

Tapi komentar tetap komentar. Orang memberi pendapat.

Sekarang ni, suka hati aku nak tibai orang macam mana, sebab ini blog aku, url aku, tulisan aku, habukan aku.

Kepada pemilik blog yang dihentam itu, mungkin lain kali awak perlu dapat pangkat Dr. baru orang tak boleh kata apa sebab awak ada pendidikan tinggi. Biasalah sebagai masyarakat umum yang ingin memberi pendapat, bercakap tentang ilmu, tetapi tak sedar orang yang lebih berilmu sedang membaca entri.

Mungkin orang paling berilmu sedang membaca blog aku *perasan*

Lain kali menulis jangan hirau.