http://www.emailcashpro.com

Tuesday, December 8, 2009

Sampah

Aku semalam bukan menjadi aku. Bukan aku yang dulu suka menengking tidak tentu pasal, cakap lepas, merendahkan orang lain, bla bla bla bla.

Sampah lah.

Aku cuba untuk lari, tapi aku tak kuat. Sebab memang sifat perempuan selalu mengalah. Sebab memang sifat perempuan selalu akan memulakan kerana takut pasangan akan disakiti. Sifat lelaki memang akan buat tak tahu kerana itu sifat mereka.

Sebab itu perempuan/wanita mendapat title sebagai seorang yang penyayang.

Kalau tak ada perempuan, bagaimana lelaki ingin dapatkan kasih sayang. Kalau tak ada perempuan, bagaimana lelaki ingin hidup tanpa ada teman untuk bermanja. Kalau tak ada perempuan, bagaimana lelaki ingin teruskan hidup tanpa ada pasangan ingin berbicara tentang tempat kerja, bla bla bla bla.

Kalau perempuan tak ada, lelaki boleh hidup tak?

Kalau lelaki tak ada, perempuan boleh hidup tak?

Kesimpulannya, perempuan memang suka mengalah kerana semalam adalah sejarah, esok adalah misteri, dan hari ini adalah hadiah. Sentiasa pandang ke hadapan, bukan ke belakang. Hargai orang di depan mata, walaupun orang itu memang sengaja butakan mata.

Lambat laun lelaki yang sengaja butakan mata itulah, akan mencari perempuan yang sentiasa bersinar matanya. Masa tengah kecewa inilah, sibuk ingin mencantikkan wajah.


No comments: