http://www.emailcashpro.com

Tuesday, December 1, 2009

20091101

Lagu itu berkali kali meligar di dalam kepala. Lagu itu berkali kali aku nyanyikan dengan penuh perasaan. Lirik itu aku cuba hayati dengan sepenuhnya, dan kadang kadang air mata menitis kerana aku cuba bayangkan situasi yang sangat buruk dan kritikal.

Aku jadi tak tentu arah.

Aku sering bertukar dan tidak pernah sekali orang akan memahami aku. Tidak pernah (sambil jelir lidah)

Ai pun tak faham diri ai. Yu pun tak akan faham diri ai ni. (tunduk kepala)

Aku genggam tangan aku lama. Macam penumbuk. Menahan perasaan dan termenung. Aku keluar dari rumah. Sebab konklusi jika aku terus berada di rumah, akan membuatkan aku menghasilkan perbuatan yang jelik.

Aku keluar dan pandu. Bunyi radio yang teman. Aku pandang tepi. Aku pandu macam robot sebab tak sandar dan duduk secara tegak. Lagi sekali aku berhenti di hadapan rumah arwah Shamil. Duduk dalam kereta, dan menangis macam budak kecil.

Ai ni kalau emosi memang melampau.

Jangan pandang lama-lama. Aku pandu balik, tapi aku pandu macam orang gila. Buat drift tak jadi. Banyak kali nak accident tapi tak makan saman. Cuba untuk bunuh diri secara tidak sengaja (padahal sengaja).

Apa pandang-pandang? (jeling)

Ai ni memang selalu kena babi, tapi dah terbiasa dibabikan. Ai ni memang selalu kena balik tahi, tapi dah biasa ditahikan. Yu-yu-yu ni, tak nampak ke ai ni dah dibabikan dan dah ditahikan? Tapi kenapa ai ni banyak kali makan dengan dibabikan dan ditahikan?

Tahulah ai ni emosi melampau, tapi jangan baling ai dalam lombong.

Aku cuba hidup sendiri tanpa sesiapa. Aku nak lari jauh. Pergi sementara tanpa ibu bapa menolong, tanpa adik beradik untuk bergaduh, tanpa loverboy untuk bermanja, tanpa teman-teman berhibur .

Seorang diri.

Ai dah nampak tu, tapi buat tak nampak. Tak cukup kudrat untuk melakukan semua itu tanpa duit di tangan. Tolong hulurkan aku duit untuk meneruskan hidup sendirian. Untuk lepaskan semua. Ada yang sanggup?

Nak duduk seorang di dalam kabin tepi pantai. Dan jalan seorang diri dengan angin kuat tak berapa nak kuat. Pakai baju dan seluar yang lusuh. Tak berapa sangat nak mandi. Tak berapa gemar nak makan.

Ada yang sanggup untuk lihat saya pergi sekejap? Jadi tolong masukkan duit. *gila*

Ai patut dapat anugerah pelakon terhebat di seluruh angkasa lah. Sebab ai memang pandai sembunyi perasaan, dan bila bila masa ai akan berubah. *berangan*

Sssssshhhhhhhhh

Come home, I need you

1 comment:

Anonymous said...

sungguh menusuk kalbu post ini wahai kimie.
you are very unpredictable. ada sahaja yg nak dikatakan.
but in a good way. :)