http://www.emailcashpro.com

Tuesday, November 24, 2009

K-A-W-A-N

Susah nak menjadi seorang matang ni kalau masing masing berpaling ke arah permasalahan.

Cukup.

Tahu mana cukup?

Atau mahu saya katakan cukup dengan semua pertelingkahan dan saling memalukan sama sendiri?

Cukup?

Salah yang dinampak akan diungkit sampai bila bila, dan itu memang tidak boleh disangkal. Cuma adakah kesalahan itu boleh dimaafkan ataupun tidak. Ataupun dilupakan atau tidak.

Ada orang boleh maafkan dan tidak lupa. Ada orang tidak boleh maafkan dan tidak boleh lupa. Ada orang boleh maafkan dan lupakan saja.

Itu semua bergantung kepada semua individu sama ada mahu terus hipokrit ataupun tidak. Mahu bermanis mulut ataupun tidak. Kadang-kadang bermanis mulut bukan kah ia adalah salah satu langkah untuk kedamaian dan melupakan semua sengketa? Walaupun ianya memang palsu dan hipokrit.

Cuba kalau kita beri peluang kepada masing-masing untuk berkata benar & cuba mendengar dan memahami semua pihak bukan hanya berpihak kepada sebelah pihak. Cuba anda meletakkan di situasi di mana anda dihamun tanpa diberi peluang untuk bersuara?

Awak cuba untuk kuat dan cuba untuk lupakan tapi awak masih tidak lupakan?

Pernah tak awak terfikir bahawa orang yang mengadu tentang awak, adalah orang yang akan menolong awak? Pernah tak awak terfikir dan memahami betul betul apakah maksud sebenar seorang kawan.

Kawan untuk kawan.

Kawan untuk bekerja.

Kawan untuk mengadu.

Kawan untuk bergossip.

Kawan untuk teman susah.

Kawan untuk berhibur.

Semua ada klasifikasi. Awak semua boleh meletakkan setiap individu di ciri-ciri atas berikut. Bukan? Ada orang boleh berkawan, tetapi tidak boleh bekerjasama. Ada orang boleh berkawan, tetapi tidak boleh bercerita tentang rahsia. Ada orang boleh berkawan, tetapi hanya untuk berhibur.

Sebenarnya kawan sebenar itu akan datang bila kita sendiri yang sedar bahawa siapa diri kita sebenar. Siapa diri kita untuk meletakkan seseorang itu dalam satu posisi yang buruk.

Awak boleh bezakan di mana perangai buruk dan kawan yang jahat?

Boleh tak?

Kalau awak tak boleh maknanya awak tak matang lagi.

Situasi pertama :

Aminah suka berkata laha. Menyakitkan hati orang. Seorang yang pengotor tidak pandai menguruskan diri. Siti seorang pendengar yang baik, sentiasa menenangkan orang apabila berada dalam masalah.

Kalau saya cakap Aminah seorang yang berperangai buruk tetapi dia seorang kawan yang baik macam mana. Dan bagaimana pula dengan Siti yang berperangai seperti malaikat tetapi seorang kawan yang jahat.

Tidak semestinya pendengar yang baik merupakan kawan awak yang sebenar.

Awak setuju dengan saya tak?

Nak bercerita tentang kawan, saya sudah berjari lima penuh tentang pengalaman berkawan. Saya boleh beza mana yang kawan betul, mana kawan yang hanya untuk kawan sahaja. Cuma masing masing simpan sendiri.

Memang betul kita sudah masuk ke alam Uni di mana masing masing berpelakuan matang.

Jadi boleh hentikan semua ini tak?

Kalau betul suka, tunjuk awak suka. Kalau betul tak suka, tunjuk awak tak suka.

Kawan di mana, walaupun tidak rapat dengan kita, dialah merupakan orang yang paling selesa kita bersama.

Memaafkan dan melupakan adalah keputusan setiap individu. Kerana setiap individu yang mengalaminya.

(mari peluk beramai-ramai)

Hentikan semua ini. Tidak perlu memalukan sesama sendiri. Kalau betul tak suka, simpan sendiri. Kalau suka, tunjuk dengan kebanggaan.

Pendamaian adalah punca kebahagiaan.

(saya senyum berharap)

Mulut orang memang tidak boleh nak tutup, tetapi mungkin ada sebab kenapa berpelakuan begitu. Cuma kita kena selidik secara baik, dan mencari punca kenapa dan cuba untuk memahami.

(mari peluk sekali lagi)

Jangan sedih-sedih. Hilang kawan tak bermakna hilang nyawa. Tetapi hilang kawan bermakna hilang kepercayaan terhadap maksud kawan itu sendiri.

2 comments:

FIRAHAN-NURNAZRI said...

I LOVE YOU SO MUCH KIMIE!!!

*mari peluk ramai-ramai..

Anonymous said...

well thats true. itu semua hak individu. janganlah nak mengata org hipokrit atau melabelkan seseorang dgn sesuka hati.

percaya pada karma. suatu hari nanti akan ada org judge dan label kamu sendiri. apa yang kamu akan rasa ya? sakit hati atau diamkan saja? tentu tidak berdiam diri saya rasa.

kawan ada banyak kegunaan. kita berkawan utk bermacam2 perkara. bukan sekadar berhibur tetapi ia tetap terpulang pada semua. atas sebab kenapa kita berkawan dengan orang itu sendiri.

perkara lepas mungkin ada yg boleh lupa dan ada yg tdk. dan, ini membuatkan seseorang itu berhak membuat keputusannya sendiri - sama ada mahu melupakan dan berkawan atau tidak melupakan tapi kawan atau tidak melupakan dan langsung tidak berkawan.

yang penting - jgn sesuka hati melabel orang hipokrit. sebenarnya itu hak masing-masing. percayalah.

ya, mari peluk ramai-ramai.
(dalam tangisan)