http://www.emailcashpro.com

Thursday, September 24, 2009

Salam lebaran

Selamat hari raya kepada semua followers.

Hari ini saya sudah pulang ke rumah, dan amat sibuk kerana sedara mara, atok nenek datang ke rumah. Jadi saya berpeluhan kerana saya ke hulur ke hilir dan teramat risaukan loverboy kerana dia demam panas *rindu*.

Saya Mariana Shahira ingin memohon maaf kepada semua yang makan hati serta tidak senang dengan tingkah laku saya terhadap awak semua. Serta makhluk makhluk yang merasa jelik dengan penampilan saya. Saya juga ingin memohon maaf kepada sesiapa yang memikirkan bahawa saya mengambil tempat mashyur awak. Saya bukan sengaja, memang perwatakan saya menarik orang.

-stop-

Aku rasa benda ini semua terlalu klise kerana tiap kali hari raya minta maaf. Sedangkan hari-hari yang sebelum ini, tiada niat untuk meminta maaf. Ini bukan ikhlas tetapi hanya sekadar mencukupi adat.

Meminta maaf.

Aku rasa lebih ikhlas jika aku menangis meminta maaf kepada mummy dan papa. Tapi raya kali ini hanya mengeluarkan perkataan "selamat hari raya". Maaflah aku tidak berfikiran seperti engkau orang semua, kerana meminta maaf bukan hanya sewaktu raya. Tetapi untuk hari-hari yang kita kesal dengan perbuatan kita.

Raya cukup untuk mengumpulkan semua ahli keluarga, dan jumpa sedara sepupu sepapat yang sudah lama tidak berjumpa. Makan gelak sama-sama. Aku rasa benda itu lagi meriah, dari meminta maaf secara lakonan dengan senyuman yang konon manis.

Lain lah macam orang kampung yang sudah lama tidak jejak ke kampung, balik meminta maaf, atau engkau memang lupa daratan, sungguh terharunya. Dulu masa kecil-kecil aku menangis tengok orang menangis peluk-peluk minta maaf.

Sekarang aku hanya memandang ke tepi dan tersenyum. Tiada lagi drama yang macam ni.

Sama saja raya di Shah Alam dan di Bentong. Aku rasa raya di Bentong lagi best, sebab tak hipokrit. Duduk di Shah Alam, telinga aku panas mendengar desiran kata-kata khianat. Sebab itu aku tak suka ada meminta maaf sewaktu hari raya.

Cuma raya ini muncul satu hadiah yang aku memang tunggukan, iaitu loverboy *senyum*. Aku bersyukur kepada Tuhan, kerana Dia mendengar rintihan hati aku, apatah lagi menganugerahkan seorang lelaki yang aku memang tunggu. Tuhan meletakkan bermacam pengalaman aku bersama loverboy, dan dengan itu aku bersyukur hingga bila loverboy mesej manja-manja aku masih melompat dan menjerit suka.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua followers serta pembaca senyap dari Neverland.

1 comment:

Mohamad Hj Yawmon said...

pengalaman raya tahun ni? best tak?