http://www.emailcashpro.com

Friday, August 21, 2009

Fakta yang susah orang nak faham

Aku dilabelkan sebagai orang yang kuat dari luaran, tetapi lemah dari dalaman. Aku dilabelkan sebagai orang yang kuat menangis disebabkan aku terlalu sensitif dan mungkin tidak dapat menerima apa yang orang sampaikan tentang aku. Aku juga dilabel bukan lah Mariana Shahira yang dulu.
Jika aku bersikap begini, ada kah orang sudi dengan aku? Jika kau kenal aku sebagai seorang yang kuat tetapi bila dah mendalami tentang aku, dan kenyataan tentang aku lemah, adakah kau ingin bersama lagi? Bila lagi kau mahu menerima, macam mana pula dengan masa depan nanti?
Kau dah tua perut buncit, banyak penyakit, dah jatuh miskin, botak, siapa yang menjaga? Seorang isteri yang setia dan taat. Bukan seorang isteri yang memandang rupa dan harta.
Kalau engkau orang semua nak tahu aku bukan lah selemah mana. Walaupun aku lah raja segala air mata, tetapi kau tidak boleh pertikaikan aku sebagai seorang yang boleh dijatuhkan begitu sahaja. Kerana Mariana Shahira ini tidak boleh dibaca melainkan Ayah Agi sahaja.
Hanya ayah Agi yang memahami walaupun tiada kata-kata yang keluar daripada mulut aku. Walaupun aku tidak mengadu. Mungkin dia dapat membaca dari mata aku.
Ayah : This girl selalu bertukar kulit (bercakap di hadapan rakan-rakan kelas)
Maksudnya, pagi aku lain, siang aku lain, malam aku lain. Mood aku akan cepat berubah.
Ayah : You control. Bagus, but you control too much. Teruskan menulis, awak punya cerpen bagus. Kalau tiada siapa yang ingin terbitkan, buat sendiri. Saya akan tolong (bercakap secara privacy)
Aku cuba mengawal emosi untuk tidak mengawal diri sendiri, tapi masih orang nampak. Aku cuba untuk berubah, tapi orang masih nampak. Tapi yang nampak itu hanyalah ayah Agi. Dia memahami.
Ayah bercerita pada kami tentang bekas teman wanita dia zaman muda mencari dia balik dan ingin berjumpa.
Ayah : Saya kena zalim. Kalau saya teruskan bila nak berakhir
Ayah tak layan. Sebabnya, jika teruskan melayan adakah keputusannya akan menjadi gembira. Bukan kah lagi banyak masalah yang akan timbul.
Senang sahaja. Kita mempunyai akal fikiran yang agak sudah matang, kenapa cuba mencari masalah jika tiada masalah. Mengapa perlu ungkitkan kisah lama jika sudah ada kisah baru. Mengapa ingin menanam benih baru sedangkan bunga sudah berkembang cantik.
Ayah merupakan seorang lelaki yang hebat kerana memahami kehendak seorang wanita. Ayah merupakan seorang lelaki yang hebat kerana mengetahui tetang baik dan buruk yang akan mendatang.
Masing-masing ada cara sendiri, tetapi kenapa kita perlu memperbesarkan hal yang sudah lama?
Ramai lelaki yang tidak memahami tentang fakta ini walaupun ramai wanita cuba sampaikan melalui teknik yang menjelikkan. Nak tahu kenapa jelik? Sebabnya bila cuba sampaikan, menyalahkan wanita kata terlalu cemburu, kata bataskan pergaulan, tak boleh buat itu tak boleh buat ini. Sedangkan wanita cuba sampaikan tentang benda yang paling senang untuk difahami. Kenapa lelaki cuba larikan diri?
Nak tahu kenapa air mata ini sering mengalir? Kerana benda perkara yang remeh begini lah? Ingat aku tak penat menangis meraung macam budak kecil sampai sakit?
Ramai lelaki kata lelaki hanya menurut kehendak wanita sahaja. Awak nak tahu kenapa? Sebabnya bila wanita ikut cara yang awak suka, dan cuba untuk menjauh dari kritikan, awak mengelak buat tak nampak. Awak butakan mata.
Aku enjoy dengan hidup aku tanpa memikirkan tentang orang lain. Kenapa harus dengan melakukan benda yang aku tak senang?
Simple. Kalau nak sangat, jangan menyalahkan aku. Cakap, jangan berkias. Bila berkias aku akan buat spekulasi yang lari dari kenyataan kau. Selepas itu?
Kenapa lah aku bodoh sangat.
Fakta ini memang susah orang nak faham. Lagi-lagi bila aku ni kuat menangis. Jadi dilabelkan sebagai seorang yang berperangai budak-budak. Kalau kita berperangai budak-budak tetapi pemikiran matang macam mana? Kalau kita berperangai matang tetapi pemikiran budak budak macam mana? Awak pilih.
Orang yang kuat menangis ni memang akan dilabel sebagai seorang yang lemah.
Jangan biarkan emosi mengawal diri awak.
Aku cuba pratikkan itu. Cuma kadang-kadang emosi ini terlalu hebat dari berfikir.
Jadi aku perlu berhenti menangis.

1 comment:

Azhar Rakus ♥ said...

kekdg kte asek igt niat baik kte..
padahal..
org tu niat dye laen kt kte..
sume org hv their own way..