http://www.emailcashpro.com

Friday, June 5, 2009

Is it wrong?

Salah ke kalau aku rindu orang yang dah pergi? Salah ke kalau aku nak perkenalkan insan yang memberikan impak paling besar dalam hidup aku dengan meletakkan gambar? Kalau nak tahu inilah Arwah Shamil.
Entah kenapa aku cari page Arwah walaupun aku tak kuat mana pun. Masih ada. Dan salah ke kalau aku simpan gambar arwah? Aku dah tak boleh nak menangis, ataupun masih tak kuat untuk menangis. Tapi hati dah berdenyut kuat. Berkali-kali aku membacakan Al-fatihah untuk arwah, dan berkali-kali bila aku nak ziarah kubur arwah. Aku masih tak kuat, sebab aku terlampau takut. Aku takut tak dapat nak bangkit bila aku sudah sampai di kubur.


Dah tiga tahun tapi rumah arwah masih tidak diduduki oleh sesiapa. Dan rumah itulah aku akan pergi bila ada masalah. Duduk depan tak buat apa. Bercakap sendirian, konon Arwah ada bersama. Salah ke kalau aku rindu dengan arwah?
Aku masih menyalahkan diri aku sendiri di atas pemergian arwah walaupun pemergian itu ketentuan-Nya. Sebab aku lah yang berdoa berkali-kali untuk arwah pergi secepat yang mungkin atas keseksaan mental yang arwah lakukan terhadap aku.
Aku yang bersalah kan?
Sebab arwah aku jadi kuat macam sekarang. Sebab arwah aku jadi jahat untuk orang jahat. Sebab arwah aku tahu bagaimana nak menghadapi dibuli. Sebab arwah aku menjadi aku sekarang. Kalau tidak, sudah tentu sekarang aku sudah ada di dalam wad kerana sering sakit dan cuba untuk membunuh diri.
Salah ke kalau aku nak cakap yang aku maafkan arwah ? Salah ke aku nak cakap aku nak teman bicara setia aku kembali?
Ya itu memang bodoh.
Tapi tak salah kan, kalau aku rindu dengan arwah?
Al-fatihah

3 comments:

omgpetch said...

tak salah sayang. arwah mesti seorang yg sgt baik. dia tentu aman ada kawan mcm u ;)

Maganda Si Intan said...

(: (: imy. bila u tulis pasal arwah shamil, i teringat adi. deep inside if u sakit / sedih, takde sapa yang tau kan? allah syg mereka, sbb tu diorg pergi dulu

Unknown said...

bila u tulis pasal arwah shamil. i remember best friend i farhan fareez (the guy who same as my name) meninggal when he was 15. paling menyedihkan bila dia meninggal sejam sebelum ulangtahun hari lahir dia. and plus, his suffered with leukemia at the same time. i dgn dia mcm adik beradik. dia tua sehari dgn i. SELANG sehari je. paling menyedihkan bila teringat semua kenangan dan i langsung tak ada gambar dia. family dia now kat aussie. huh. tak salah sayang. as long as you boleh tatap gambar dia bila u rasa u tak kuat nak 'jenguk' dia kat kubur. but me...?