Memang daripada dulu orang sentiasa musykil dengan Kimie. Kenapa dengan Kimie? Kenapa eh dengan saya? Kenapa dengan aku? Kenapa dengan I? Kenapa dengan Mariana Shahira? Kenapa dengan orang yang memiliki blog ini?
Aduhai.
Musykil musykil.
Disebabkan aku terlalu ramai teman-teman dari kaum lelaki, disebabkan itulah musykil itu timbul. Tidak pun kerana aku dicop sebagai orang yang menggatal sedangkan aku memang suka bermanja. Dan kadang-kadang manja itulah orang yang salah tafsir dan meletakkan sebagai gatal. Itu waktu dulu. Sekarang?
Segala kemanjaan aku berubah kepada sesetengah orang yang kekasih percaya. Contohnya dengan rakan-rakan kelas.
Musykil musykil.
Maafkan aku jika aku ni terlalu dipandang kau sebagai seorang perempuan yang tidak boleh dipercayai sedangkan aku disini bermatian setia dengan kau. Bermatian untuk tidak menyakitkan hati kau. Bermatian untuk memberikan komitmen kepada kau. Bermatian untuk berpegang pada janji. Aku tepiskan segala masalah yang akan timbul. Dan kau sudah membuat spekulasi dengan "Oh..patutlah I rasa musykil je semalam". Disebabkan apa? Disebabkan kau ternampak nama dia?
Tolonglah.
Bila aku sudah berubah ke arah kebaikan, jangan menidakkannya. Kerana aku memang sukar untuk dibentuk, lagi-lagi untuk mendengar kata. Tolong memberikan kepercayaan itu kerana aku memang tidak 'memandang' lelaki lain. Kerana aku sudah ada kau. Dan kau itulah yang membentuk aku.
Tolonglah.
Dengan usaha kematian aku di sini, aku diminta dihargai. Aku tidak minta banyak. Hanya usaha aku untuk berubah ke arah kebaikan, dihargai bukan dimusykilkan. Terasa macam ditembak dengan meriam berulang kali, dan rasanya peluru meriam itu tidak akan habis. Bila nak mati? Mati perlahan-lahan.
Tolonglah.
(menangis lagi)
Ya ya, aku memang kuat menangis. Ya ya, aku memang cengeng. Ya ya, aku memang tidak penat menangis.
Menangis sebab hati aku lembut. Berjumpa dengan orang lain, statik dengan muka yang yakin dan ego pun terserlah sedangkan hati ini sering tertanya-tanya.
(menangis lagi)
Tolonglah.
Kekasih,apa lagi yang kau mahu musykilkan? Usaha aku untuk mendapatkan kau sudah dibalas dengan kasih sayang yang kau berikan. Tetapi usaha aku untuk tidak menyakitkan hati kau, ataupun usaha aku untuk mendengar kata, ataupun usaha untuk berubah ke arah kebaikan?
Kau tak nampak kan?
Kalau nak tahu aku di sini, terlalu bersyukur kerana akhirnya janji aku untuk sem ini memang nyata, kerana apa yang aku tahu, untuk peperiksaan ini aku jawab dengan agak berpuas hati, kerana apa? Kerana aku tidak keluar berfoya-foya macam dulu. Kau nampak?
Hmmm (menangis usap hidung)
Bye.

3 comments:
Sedihnya. Bila kita cuba buat sesuatu yang baik kenapa tak ada yang memahami em?
sayang i cuba faham..tapi sedikit sebanyak ada hikmahnya bila i buat macam tu..i nak u tawu..i sayang you saaaanggaaaat!!!love you..
orang atas ni BATU API LAAA!!
Anonymous. Bukan batu apilah. I cakap apa yang I rasa bila baca blog ni.
Post a Comment