http://www.emailcashpro.com

Saturday, May 2, 2009

Manusia lebih menakutkan dari jin

Disebabkan aku tinggal berseorangan di rumah, aku membuat keputusan untuk tidak tidur sehinggalah jam tujuh pagi tadi. Mungkin kerana insiden yang tidak dijangka berlaku.
Malam tadi tengah suspen tengok movie, dengar ada orang buka gate di depan. Kemudian dengar orang berjalan sehingga di depan rumah. Nak gambarkan aku ketika itu, mungkin aku terdiam jantung aku terhenti seketika. Entah kenapa,aku tidak bertindak apa-apa kerana aku hanya memakai t-shirt dengan tidak memakai bra dan seluar (dah kata duduk rumah).
Telefon kekasih dan berbisik. Walaupun bunyi macam aku ni terlalu banyak fikirkan negatif, sedangkan aku yang berada di situasi itu. Entah kenapa, manusia lebih menakutkan dari jin. Bermacam-macam andaian yang aku buat. Sama ada dia ingin merompak, jika aku melihat mungkin dia akan terkejut dan akan lari tidak pun dia akan cuba memasuki rumah aku dan kemudian mencuri tidak pun akan menculik aku?
Sumpah aku takut.
Kemudian tidak dengar apa-apa. Kekasih suruh menelefon polis dan papa. Aduhai.
Cepat-cepat aku kunci semua pintu dan tingkap dan terus ambil pisau dari dapur. Berangan nak jadi Bruce Willis dalam DieHard. Aku dah memang terpengaruh dengan movie. Inilah padahnya mungkin bila kita masturbated hari Jumaat.

No comments: