Saturday, May 16, 2009

Ini rentakku

Bunyi rentak..
Bam bam bam, masih lagi rentak
Pap pap pap, masih lagi rentak
Dam dam dam, masih lagi rentak
Sebutkan apa itu rentak?
Rentak itu dipalu berkali-kali
Rentak itu dimainkan berkali-kali
Rentak itu dipetik berulang kali
Sebutkan apa itu rentak?
Oh ya..rentak itu nadi
Rentak itu detikan jam
Rentak itu setiap nafas yang dihembuskan
Sebutkan apa itu rentak?
Rentak itu jantung berdegup
Rentak itu perasaan
Oh lagi?
Rentak itu CINTA
Rentak itu CINTA?
Kenapa harusnya cinta? Bukan bila rentak itu berhenti, tandanya cinta mati?
Bukankah bila kita mati, perasaan pun pergi?
Sebutkan apa itu rentak?
Selagi masih bernyawa, selagi jantung masih diberi peluang, selagi itu rentak masih ada.
Rentak itu CINTA..
Cinta pada siapa?
Rentak itu akan dimainkan dengan merdu
Rentak itu akan dinyanyikan dengan indah
Rentak itu akan terus dipalu, dipukul, dilaungkan.
Bila bertemu dengan CINTA
Siapa cintamu?
Cintaku itulah rentak yang paling kuat
Siapa cintamu?
Cintaku itulah rentak yang paling laju
Rentak mana yang paling kuat dan laju?
Rentak yang ada sekarang
Rentak mana yang paling kuat dan laju?
Rentak yang aku bercakap bersama sekarang
Oh itu rentakmu?
Ya, rentakku.
Rentakku yang mendengar tetapi jauh melihat
Oh itu rentakmu?
Ya,rentakku.
Rentakku yang paling kuat dan laju.
Jadi rentakmu itu cinta?
Ya, rentakku ini CINTA
Kau lah rentakku
Inilah rentakku
p/s : memberikan penghargaan kepada kekasih.
Terima kasih.

No comments: