Monday, May 25, 2009

Hitam


Bila sebut tentang hitam, mesti orang akan fikir oh itu warna padan dengan semua warna. Ataupun hitam itu dalam erti lain, gelap. Dalam erti kata yang seterusnya, hitam itu kejahatan.

Orang kulit hitam mesti gangster. Jadi mereka dibenci oleh sesetengah kaum orang yang berwarna cerah atau putih kerana mereka hitam. Jadi hitam itu mesti hina kan? Hitam itu mungkin nampak jijik bagi pandangan mereka. Kita orang Melayu, kulit kita warna apa? Warna sawo matang. Warna putih keclokatan dan kekuningan. Kalau hitam itu mamak. Tidak pun hitam kerana berjemur.
Tapi selalunya hitam yang dipinggirkan walaupun hitam itu lah yang kaya. Bila dah kaya yang putih datang terhegeh-hegeh macam nak jilat pussy *maaf bahasa lucah*. Kadang-kadang juga yang hitam lah paling bawah, sampaikan bau ketiak berbau walaupun kita duduk dua kerusi jarak.
Bagi orang, hitam itu menyempitkan. Macam warna dalam rumah, tidak sesuai untuk dicat kerana akan nampak sangat malap dan sempit. Tapi aku lain, dulu berangan nak cat bilik sendiri dengan warna belang hitam putih. Jadi nampak putih juga kan?
Hitam itu klasik. Lagi-lagi hitam yang bersinar.
Hitam itu boleh nampak kurus pada orang yang gemuk dan jawapannya akan nampak cantik walaupun nampak ketulan lemak.
Sebab itu aku pakai dress warna hitam, kerana hitam nampak klasik dan nampak kurus.
Dulu masa aku darjah enam, era Black Metal aku selalu pakai hitam, dan anti pada pink. Meluat dengan warna yang cerah, jadi dari atas kepala hinggalah ke bawah aku memakai baju warna hitam. Celak pula tak nak mengalah, nak pekat saja. Malas mandi, kerana hitam nampak seksi dengan orang yang selekeh.
Itu zaman hingus.
Setiap novel dan cerpen yang aku reka, mesti berkaitan dengan hitam. Tidak pun bunga ros putih.
Hitam positif. Hitam negatif.
Bagi aku hitam merangsangkan aku. Ah ah *bodoh*

1 comment:

Anonymous said...

kami suka hitam..hitam warna kesukaan ku juga!!!