Maaflah aku tak tahu idea apa untuk tajuk. Tulis bila nampak. Kak Su yang menemani aku untuk sekarang. Dia sibuk mengemas rumah, dan aku sedang bertungkus lumus memicit pinggang belakang aku. Entah kenapa lenguh ni tak hilang-hilang. Tiba-tiba menyesal pula tak ikut mummy semua ke Pangkor.
M : Kakak jom lah
K : Tak apalah mummy. Nak belajar lah
Cuba bayangkan..
Kalau aku kesana nak naik banana boat, barbeque tepi pantai, pesta tari, pesta nyanyi-nyanyi, pertandingan baju paling cantik, mandi manda pantai dan sebagainya, adakah aku akan belajar?
Berhenti..
Sebab itu lah aku mengelak. Biarlah aku keseorangan di sini, walaupun aku belajar ya ya saja sambil menonton tv. Malam ini final untuk OIM. Malam besok AIM. Jadi haruskah aku tinggal di rumah ataupun balik Puncak?
Hmmm
Tinggal di rumah. Kalau di Puncak, sama saja aku tidak berbuat apa walaupun fokus aku untuk belajar lagi tinggi dan hebat tetapi akan kesunyian kerana aku tiada siapa, walaupun ada siapa.
Pagi aku masak sendiri, berangan sekejap menjadi seperti chef di hotel. Makan nak western saja. Sramble egg,sosej dan roti bakar.
Lepas ni nak keluar beli top up dan kemudian? Nak makan mana ya? Teringin nak makan di OldTown (berseorangan).
Minggu ni memang minggu keseorangan. Biar aku jalan sorang-sorang. Jadi macam dulu. Alaaaa macam zaman aku di tingkatan dua dan tiga tu. Makan sorang-sorang, jalan sorang-sorang, cuma yang bezanya tiada orang yang mengutuk aku secara depan-depan.
Dah mula fikir nakal bila malam nanti nak bawa kereta perdana jalan-jalan, padahal sekarang terlalu banya roadblok walaupun hari siang.
Dan malam ini aku harus memberanikan diri untuk tidur sorang-sorang.
Ada cadangan nak makan apa untuk malam ni?
1 comment:
tak tahu nak makan i eh?
kita g makan macdonalds dengan i nak tak?
i rinduu nak bukak black pepper n tabur banyak2 kat sos cili tu!
huh...
ingat lagi time kita makan mcd sambil menikmati pemandangan sunway resort dari atas sunway piramid tu!
god!! best gila!
kan?
rinduu saat tu!
makan golden wing kat NZ pon best!
-may-
Post a Comment