http://www.emailcashpro.com

Tuesday, May 12, 2009

140209

Singgah di page teman lama. Rasa macam sekejap sangat. Baby comel sangat macam ibu dia. Suami pun jambu. Jadi dapatlah anak jamel. Nak tegur, nak lepak macam dulu tapi itulah. Takkan dapat sebab semua dah berubah. Dia dah berumah tangga, aku pula berangan nak berumah tangga tapi dalam keadaan yang sah dan dipenuhi dengan keluarga serta teman-teman. *shit aku dah mula merepek*
Sebenarnya aku nak cerita masa 140209.
Sebab engkau orang semua tak tahu apa jadikan?
Jadi tarik nafas, tahan untuk satu minit *kalau kau orang tereeeerrrrr macam aku* kemudian, tutup hidung pula. Tak payah hembus. Tapi sedut *shit aku dah mula merepek kali kedua*
Untuk pertama kali aku menyambut Hari Kekasih, dan pertama kali ini juga lah merupakan hari bahagia.
W : Pergi PD saja
Walaupun keadaan masa tu agak kusut disebabkan kereta terlalu banyak di kota raya, dan banyak kereta nak cuba cari gaduh, bila sampai saja di tol Sungai Besi, angin kemarahan aku mula turun. Godzilla pun faham. Masa ini kami belum declare apa-apa.
Sampai di PD hampir Maghrib. Godzilla mendukung aku ke dalam laut, dengan aku yang masih memakai jeans, subang, gelang dan sebagainya. Berpegangan tangan sampai ke dalam laut kalau boleh. Masa tu nak digambarkan perasaan aku dah berbunga-bunga. Rasa nak menjerit keluar anak tekak betapa aku bahagia masa tu. Lihat sunset bersama, sambil berpelukan dalam air. Aku banyak kali tertelan air laut. Godzilla memeluk aku erat. Bukan setakat peluk, tapi mendukung. Bila dalam air, berat itu menjadi kurang.
Sunset terlalu cantik dan perubahan perasaan menjadi terlalu bahagia itu makin bertambah seronok.
Bila Mariana Shahira bertemu laut memang tidak dapat dipisahkan. Aku mandi semahu yang aku mahukan walaupun baju tidak bersalin, walaupun banyak aksesori aku melayang entah ke mana.
Malam sikit ada pula bunga api. Entah sambutan apa untuk hari itu. Bertemu dengan Marissa. Jerit seboleh yang mungkin kerana rindu yang 500 muka surat ini sudah mula dikoyak sedikit demi sedikit.
Untuk tarikh itu lah, aku terlampau bahagia dan bersyukur kerana aku dapat mengenali seorang insan yang bernama Wan Mohd Firdaus. Kerana jejaka inilah yang aku mahukan dan aku tahu bahawa kami saling berkait bila pertama kali aku memandangnya. Pertama kali itu lah, hati aku dah mula terdetik, walaupun pada masa itu Godzilla agak poyo buat muka gangster (hahahahahaha).
Terima kasih untuk tarikh itu. Kerana ia merupakan hadiah yang paling sempurna.
Nak picit hidung boleh baby? *hacuuuuummmm*

No comments: