Akhirnya dari muka suart pertama hinggalah ke akhirnya sudah habis membaca. Dan untuk kali ini aku nak rehatkan minda setelah otak aku sudah tepu tak dapat nak masuk apa. Kali ini jangan rumitkan aku dengan segala drama dan masalah, kerana hari ini aku ingin berehat.
Semalam aku hanya makan sekali. Dan untuk sekali itu aku tak habis, dan untuk sekali itu aku hanya makan sedikit. Selera makan aku sudah hilang. Mana pergi? Dan sampai sekarang perut aku masih tidak diisi dengan makanan. Mungkin aku sudah biasa, tidak pun aku terlalu malas nak turun ke bawah dan membeli makanan.
Entah kenapa sekarang ni Nuar rajin mesege aku. Dan kadang tu aku terasa serba salah kerana bermacam alasan untuk tidak berjumpa dengannya. Bukan kerana apa, sebab mungkin aku tidak mahu ungkitkan perkara yang lama, serta tidak mahu menyinggung mana-mana perasaan.
Untuk jujur, sebenarnya gastrik aku sudah sampai. Sssshhhhh jangan beritahu sesiapa.
Memang gila, terlalu gila aku nak menguruskan badan sebelum berjumpa dengan kekasih untuk dua bulan kemudian. Sudah bermacam kata-kata dan pandangan terhadap aku. Jika aku berubah, maafkan aku. Berubah kerana sering dipijak tidak salah bukan? Ataupun berubah dengan menjadi orang yang lebih berkeyakinan?
Kalau nak tahu tetek aku semakin kecil. Aset makin lama makin pudar.
W : Tetek kimie dah kecil lah
Tetek kecil, tapi peha masih besar. Perut masih penuh dengan air.
Nak kurus pun bersebab. Mungkin kerana, sekarang ni aku susah nak membeli baju kerana saiz aku. Mungkin kerana, aku ingin dipandang cantik oleh kawan-kawan kekasih, tidak mahu memalukan kekasih. Mungkin kerana, selera makan aku sekarang berubah secara mendadak. Mungkin kerana, aku terlalu malas nak membeli makanan. Mungkin kerana, duit aku makin sengkek. Mungkin kerana, aku ingin menjadi model.
Bermacam mungkin. Dan mungkin itu mungkin menjadi kenyataan. Doakan usaha aku ini menjadi kenyataan. Tidak pun sokonglah aku dari tepi.
Aku balik sini terlalu banyak dugaan. Dugaan dengan pelawaan dari semua teman untuk mengajak keluar.
Sebenarnya aku rindu dengan semua orang. Terutama dengan Godzilla (usap hidung). Mana kau pergi huh?

No comments:
Post a Comment