http://www.emailcashpro.com

Sunday, April 19, 2009

Nak jawab apa?

Panggil Aiman mahukan ciuman pagi yang berbau masam di tepi telinga. Sebelum Aiman berlalu, mummy menepuk bahu manja.
M : Kak, kenapa gambar daring sangat dengan Wanfi? Tak payah tunjuk orang, personal sudah lah
K : Huh?
Itu sajalah jawapan yang boleh keluar daripada mulut aku. Tak terkata apa , bila mummy terlihat gambar aku cium-cium dengan kekasih.
Bercerita pada kekasih. Tetapi kekasih tak dapat menerima kerana mungkin mummy akan mula tidak percaya pada kekasih. Hmmm *sebak*
Ya ya, memang salah. Dia malu ingin berdepan dengan mummy. Aku?
Yang duduk serumah dengan mummy? Yang masih membuat silap yang sama? Yang berdepan dengan mummy? Siapa? Aku..
Mahu jawab apa?
Aku print gambar, sebabnya buat card yang besar untuk kekasih. Bersemangat nak memberi padanya. Akhirnya yang keluar dari mulut dia..
W : Kenapa you print gambar kita?
Terkesema, terdiam. Terus hanya bunyi angin sahaja yang kedengaran. Suara terkunci dalam tekak. Nak keluar, tapi dipaksa duduk diam. Kenapa?
Sudah menghantar mesege pada mummy, meminta maaf, sudah membuang ketebalan muka ni. Menjatuhkan ego sehabis baik.
Nak jawab apa dengan mummy? Nak jawab apa dengan kekasih?
Kalau dengan diri sendiri?

No comments: