Tahniah kepada kekasih kerana akhirnya usaha nya selama ini berbaloi dan dibalas dengan mendapat filem pendek terbaik antar semua pelajar semester enam. Pengorbanannya yang kesana kemari bilik editing, bergaduh dengan teman baik, bersengkang mata, terasa dengan beberapa pihak, ketidak puas hatian akibat beberapa orang tidak mengambil peduli, akhirnya terbalas dengan kebaikan.
Sudah aku katakan pada kekasih, semua pengorbanan dan susah payah akan dibalas dengan kebaikan walaupun kebaikan itu datang lambat. Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Walaupun umatnya masih membuat silap, tetapi Dia tetap memberikan ganjaran.
Pada hari terkahir untuk edit, aku yang menemani kekasih dan ada juga sedikit idea yang diberikan kerana aku seorang penonton.
Tahniah sekali lagi.
Dari tengahari hinggalah sekarang, aku masih tidak balik. Perasaan masih lagi ke hulur- ke hilir.
1) Berbangga dengan kekasih
2) Tidak tahu apa yang aku rasakan
Yang pertama semua sudah sedia maklum. Untuk yang kedua?
Tadi berbual dengan Wan, Bo, dan Bens. Tiba-tiba rindu dengan semua orang.
W : Lama dah tak lepak dengan Kimie?
--
B : Lama dah tak nampak Kimie keluar overnight?
--
Kalau dulu selalu kan, lagi-lagi bila nak akhir sem. Semua akan keluar kerana nak lepaskan tensi akibat belajar terlalu tekun. Tetapi bukan untuk masa sekarang, kerana aku belajar dari silap.
Aku ni macam-macam dan mungkin perangai aku yang macam-macam ni akan membuatkan kekasih meluat. Hari ini hari dia, aku tidak mahu kacau perasaan dia dengan keadaan aku yang macam ni.
Nak bernafas pun agak susah. Nak melihat orang-orang lain pun agak payah. Mula lah. Setiap kali akhir sem akan jadi macam ni.
(menangis)
Sekarang di Kandang, entah kenapa blog yang akan menjadi tempat untuk mengadu. Mujur aku sudah belajar untuk peperiksaan pada esok hari.
Tiba-tiba terasa keseorangan yang amat melampau walaupun aku sudah berseorangan. Keseorangan itu paling aku tidak suka, kerana aku akan dilanda macan-macam dan orang akan melihat aku sebagai tontonan. Mungkin keseorangan ini satu kebaikan kerana aku boleh menjadi aku yang dulu. Masa mula-mula aku masuk ke Puncak.
Sumpah aku terasa keseorangan yang amat melampau. Nak lap air mata pun kesat dengan baju. Menangis seorang diri di Kandang. Orang melihat aku abaikan kerana aku lepaskan apa yang patut. Asyik-asyik menangis saja aku kan? Terlalu kebudak-budakan, terlalu manja dan kadang kala benda yang kecil diperbesarkan dalam hati bukan dengan kata-kata dan perlakuan.
Aku ni lemah sebenarnya kan?
Peluk aku boleh?
(menangis lagi)
No comments:
Post a Comment